20 TIPS UNTUK JAGA ORANG TUA YANG KENA PENYAKIT STROKE
Assalamualaikum lama juga rasanya tidak menjengah di blog ini.
2025 adalah tahun betul-betul mencabar dan kini sudahpun berada di bulan terakhir sebelum memasuki 2026.
Okctober tahun ini abah Ayu jatuh rebah selepas keluar dari bilik air akibat itu kami segera ke rumah sakit dan doktor sahkan abah kena stroke.Awalnya berpunca dari kaki dan tangan yang kebas2,abah sering mengadu kepala peing apabila membuat medical check up doktor kata tekanan darah abah tinggi dan boleh kena stroke kalau tak di rawat.Malangnya, ada 3 hari terlupa nak bagi abah ubat darah tinggi akibatnya doktor kata saluran darah dah naik di kepala abah menyebabkan darah beku di kepala dan saluran darah abah tersumbat di bahagian jantung juga.
Kami melalui hari-hari dengan penuh kesukaran sebab tiada pengalaman serta kami semua anak perempuan dan setelah berbincang, adik Ayu berkorban jaga abah bergilir-gilir di waktu siang sehingga Ayu pulang kerja di waktu petang.
Alhamdulillah berkat doa semua,usaha,ikhtiar dan penjagaan yang rapi abah hampir kembali sembuh.
20 TIPS UNTUK MENJAGA ORANG TUA SAKIT YANG KENA SAKIT STROKE DAN KEKEJANGAN OTOT
Perlu persediaan dari segi mental,fizikal dan kewangan.
Inilah tips-tips yang kami sekeluarga amalkan.
1.Sediakan tilam yang tebal untuk mak ayah kita supaya selesa tidur.
2.Pastikan beli tempat kencing di online sahaja jika mak ayah memang tidak boleh bangun.
3.Perlu sediakan kerusi roda yang boleh mereka membuang air jika pergi ke mana-mana
4.Pampers,baldi untuk muntah,besen kecil isi air,kain lap badan,kain lap mulut (kebiasaan orang yang kena stroke mulut da wajah akan senget jadi air liur akan selalu meleleh sebab tak boleh kawal),minyak angin (yang ada bacaan lagi baik seperti minyak bidara),minyak gamat,tisu basah dan kering,alas tilam khas untuk warga emas dan tongkat untuk berjalan sama ada yang satu kaki atau keduanya.
POV semua ini Ayu beli online shop sahaja.
5.Makan ubat mengikut waktu dan tepat (JANGAN SKIP WALAUPUN SATU UBAT)
6.Pastikan sepajang malam atau hari buka radio Al-Quran agar orang tua tak rasa sunyi sebab apabila mereka sudah sakit akan mudah sensitif kerana rasa diri dah tak berguna akan mudah rasa sunyi pastikan perlu sentiasa ada menemaninya di waktu malam.
7.Sentiasa urut kaki dan tangan yang berlawanan sebab kebiasaannya contoh kena stroke belah kiri tapi akan rasa sakit sebelah kanan jadi perlu sentiasa urut kerana yang alaminya memang akan sentiasa rasa kekejangan otot.
8.Rawatan susulan doktor perlu hadirkan diri dan sentiasa meminta doktor untuk ubat hilangkan kekajangan mahupun untuk kurangkan sakit.
9.Cari minuman susu khas untuk tulang kembali kuat dan pastikan minta pandangan doktor terlebih dahulu jangan terus beli online lebih baik pergi ke farmasi dan bawa surat doktor untuk mereka rujuk yang mana serasi.
10.Pastikan 3 atau 4 kali makan sehari walaupun pakai tiub ikut time dan jika masih boleh makan kena beri makanan yang lembut sebab apabila sudah kena stroke tekak mereka susah nak telan akan selaliu muntah2 dan tiada selera makan.
Contoh Makan yang Ayu sediakan
- Telur separuh masak 2 biji (letak sikit kicap).
- Buahan yang manis dan mudah di telan contoh tembikai,avokado dan buah kiwi.
- Buah betik untuk hilangkan kelat di tekak.
- Buah anggur pastikan buang kulit dan cari yang tiada biji.
- Quaker Oat bercampur dengan pisang seulas.
(sebab abah Ayu ada kolestrol yang tinggi akibatnya jantung mudah tersumbat).
- Roti di cubit kecil lagi baik yang ada kismis
- Jangan bagi nasi susah kunyah berikan mereka bubur tanpa campur ayam dan lain-lain.
- Pastikan beri sayur bayam yang di rebus dan di potong kecil (BAYAM BAGUS UNTUK PESAKIT STROKE)
- Air suam kena sentiasa minum lebih baik berikan air yassin yang sudah didoakan, air zam-zam serta untuk mandi ambil air kolah dari masjid sangat membantu dalam perubatan Islam ia ada tercatat dalam buku Ustaz Harun Din.
11. Pastikan seminggu sekali atau dua kali buat rawatan urut dan fisioterapi
Ayu akan cari yang boleh rawat di rumah jadi agak mahal sebab campur sekali kos datang.
CONTOH Rawatan yang Ayu ikhitar
- Acupuncture dan Alignment
- Bekam badan dan kepala
- Bekam angin
- Urutan tradisional kerap
- Fisioterapi akan ajar berdiri dan berjalan serta senaman ringan.
- Rawatan Islam di mana urut sekali ada bacaan surah (Abah ayu serasi yang ini).
12. Fizikal kita sebagai penjaga kena kuat terutama nak angkat ke tandas atau bangun perlu 2 orang yang kuat kalau Ayu seorang boleh buat sebab abah Ayu masih boleh kena tandas untuk buang air besar namun perlu dipapah jangan biarkan mak ayah jatuh kali kedua kerana bahaya untuk tulang mereka, kecuali kencing hanya di dalam mangkuk kencing.
13. Jangan bagi tekanan pada orang sedang sakit stroke kerana mereka masih mendengar dan mudah tersentuh hati lagi-lagi orang tua dia akan mudah menanggis anggaplah mereka sudah kembali ke zaman bayi
CONTOH
- Jangan cerita pasal rumah orang tua-tua atau nurse yang jaga kerana dalam waktu begini mereka berharap anak-anak yang jaga mereka.
- Jangan cerita tentang duit untuk keperluan mereka tapi yakinkan mereka yang semua akan di usahakan jangan biarkan mereka berasa bimbang.
- Jangan sesekali marah atau tinggi suara sebab apabila menjaga mak ayah sakit ini memang kita mudah marah sebab kita tak tahu apa yang mereka nak dan menahan sakit sebaiknya sabar dan cuba untuk berbual seperti biasa
- Dengar segala luahan mereka apabila sudah terlantar sakit mereka akan mudah 'flashback' di mana kisah-kisah mereka akan di ingat kembali dan bertanyalah jika mereka ada hutang dan kita sebagai anak usahakan untuk bayar agar mereka berasa tenang.
- Jangan tinggalkan mereka keseorangan dan dalam keadaan gelap pastikan pintu bilik di buka agar mudah dengar mereka panggil di waktu malam (INGAT APABILA JAGA ORANG TUA SAKIT KITA MEMANG AKAN KURANG TIDUR)
14.Pastikan dalam sehari ada bangun dan berjalan walaupun 5 minit kerana ada sesetengah pesakit di biarkan terlantar sehingga belakang badan berlubang.Jadi paksa juga untuk mereka berdiri, bangun dan duduk di kerusi. Jangan bagi alasan rumah flat sedangkan Ayu juga tinggal di rumah flat. Berjalan ke tingkap lihat suasana sekejap ataupun ke dapur dalam sehari mesti bangun.
15. Tidur yang cukup jika orang tua sukar tidur pastikan letak minyak bidara dan lap badan mereka dengan air suam agar badan rasa selesa dan lakukan mandian garam gunung bercampur limau purut 7 biji bagus untuk kesihatan dan mandinya di waktu pagi sahaja.
16.Pasang kipas jangan pasang air-condition kerana haba bilik perlu sesuai dengan suhu badan warga emas lagi baik letak di dalam bilik ada tingkap supaya sinar mentari dan udara segar masuk .(MACAM AYU ,ABAH HANYA DI RUANG TAMU LEBIH SELESA)
17.Bawa berjalan walaupun dengan kerusi roda,bawalah mereka ke taman-taman untuk bertenang dan cuba usahakan mereka berjalan.
18.Bawa mereka ke pantai mandi air laut kerana salah satu usaha utuk pulih dari kesakitan ada dalam sumber alam (TIADA SATUPUN CIPTAAN ALLAH SWT YANG MEMUDARATKAN MANUSIA SEMUA ADA KEBAIKAN).
19.Kebiasaan pesakit stroke alaminya 3 hingga 6 bulan untuk abah Ayu perubahan nampak dalam 3 bulan jadi sebagai anak tunaikan permintaan may ayah kita untuk makan apa jika mereka teringin (MACAM ABAH AYU NAK MAKAN SATAY JE) jadi tunaikan sahaja agar mereka ada selera nak makan walaupun sedikit.
20.Bawa lah mereka ke tempat jika mereka ingin pergi dan berjumpa sanak- saudara kerana kita tak tahu bila lagi masa yang ada jadi cubalah sedaya upaya untuk bawa walaupun sekadar ziarah kubur.
Inilah adalah beberapa tips untuk anda cuba dan amalkan apa sahaja di kongsikan adalah hasil penjagaan dari pihak kami.Sangat penting pengurusan dan kewangan perlu mencukupi serta dapatlah bantuan seperi zakat,JKM atau keluarga jika kita memerlukan dan andaikata ada kelurga yang sedang sakit sama-samalah membantu kerana di waktu begini kewangan sangat-sengat di perlukan,tidak lupa kepada kawan-kawan dan keluarga yang membantu kami di kala memerlukan semoga Allah membalas jasa kalian.
Dan ingat sentiasa mendapat nasihat doktor dan pakar tukang urut untuk menambah info dari semasa ke semasa, ambil apa sahaja nasihat mereka dan lakukan kerana kita kena cuba segalanya untuk membantu pulihkan mak ayah kita.
CONTOH NASIHAT YANG KAMI DAPAT DAN LAKUKAN
- Ambil kunyit hidup di tumbuk dan balut dengan daun sireh letak di bahagian sakit.
- Ambil air kolah masjid untuk mandian
- Tutup tingkap jika waktu malam
- Bacakan Yassin dan sentiasa buka alunan ayat Al-Quran dalam rumah
- Ambil serai bakar dan rendam dengan air kelapa asli sebiji bukan yang jual air balang di luar dan bagi minum agar badan rasa sejuk.
Semua ini kami usahakan dan ambil semua sebagai ikhtiar yang positif ,di harap anda boleh guna pengalaman kami serta doakan ya Abah Ayu kembali sihat seperti sedia kala.
SALAM SAYANG SEMUA
:AYU



Ulasan
Catat Ulasan