sumber Google
Filem adalah sebuah layar yang mampu menetap
dalam fikiran seseorang untuk suatu tempoh yang lama di tambah lagi dengan
kisah yang di bentuk terpahat dalam hati penonton apatah lagi jika ianya
bermain dengan emosi dan perasaan.Industri filem negara ini sudah pun
memberikan suatu sejarah yang baharu apabila filem arahan anak muda tempatan
yakni filem Mat Kilau arahan sutradara Syamsul Yusof berjaya mencatat
sejarahnya yang tersendiri. Jika di lihat 10 tahun lepas negara kita kekurangan
filem-filem sejarah dan agak sepi kerana di belenggu oleh fenomena filem hantu
komedi di mana filem-filem yang di lihat tidak mampu menghasilkan karya yang
baik dan bagus ianya lebih kepada hiburan semata-mata.Namun kini,di arus
kemajuan negara penonton juga sudah pandai menilai dan memilih karya yang
memukau hati untuk menonton.Jika di bandingkan filem kita dengan negara luar masih
lagi jauh untuk di katakan setanding filem hebat bertaraf antarabangsa namun
apabila di bandingkan filem kita dengan negara jiran yakni Indonesia maka boleh
di huraikan filem mereka jauh lebih baik dari karya tempatan.

sumber Google
Kekangan
yang sering menjadi tunjak utama dalam sesebuah pembikinan filem atau karya
terbaik adalah 'masalah bajet' yang kurang
membantu terutama dari pihak tertentu misalnya tidak setuju memberikan
kerjasama atas dasar karya yang di bentangkan kurang memuaskan.Namun, arus
pembikinan filem atau drama adaptasi novel memberangsangkan dan secara langsung
mengangkat nama penulis-penulis novel yang ada di kenali dan ada juga tidak di
ketahui latar belakangnya.
Salah satunya penulis yang hebat serta tidak asing
lagi namanya dalam dunia novel yang bertemakan kisah cinta iaitu Siti Rosmiza yang berjaya menjadikan
novelnya di angkat menjadi drama rantaian terbaik, salah satunya “7 Hari
Mencintaiku”.Atas dasar sambutan yang memuaskan hati penonton,pihak penerbitan
serta pihak stesen televisyen tempatan, maka ramai anak muda mencuba nasib dalam bidang
penulisan.Situasi ini bukanlah suatu yang negatif malah sangat baik bagi
generasi akan datang dengan membudayakan hobi membaca dan menulis serta memberi
peluang seseorang menjadikan suatu kerjaya.Namun impak terbesar yang kian
mencabar dan mudah tercalar akan berlaku dalam industri seni kreatif terutama
kerjaya pengkarya seni apabila lambakkan karya-karya filem mahupun drama
terhasil dari adaptasi novel sekaligus memberikan kesan kepada ketandusan idea
terutama bagi mereka bergelar penulis skrip namun begitu mereka harus akur
dengan permintaan pihak penerbitan dan ini menyebabkan penghasilan filem atau
drama kita masih lagi tidak setanding negara Asia yang lain kerana masih
mengekalkan jalan cerita yang hampir sama.Karya filem tempatan masa kini dari
segi penghasilan jalan cerita masih lagi tidak mencapai tahap kepuasan maximum
kerana negara kita masih mengangkat kisah cinta sebagai fokus utama dalam
membuat sebuah cerita.
Setelah beberapa tahun dapat di lihat filem
hasil karya anak tempatan mencatat sejarah apabila mula bangkit dengan
mengangkat cerita-cerita berkaitan aksi,sejarah dan kisah anggota-anggota
tentera seperti di dalam filem Air Force
,Misi Malbat,Paskal ,dan Polis Evo. Filem-filem ini mampu memukau jiwa penonton
terutama generasi Z akan mudah rasa minat serta memandang tinggi kerjaya angkatan
unit beruniform terutama mereka yang mahu berbakti kepada negara.Filem-filem
seperti ini juga mampu melahirkan keberanian dan membentuk semangat yang tinggi
nilainya dalam jati diri anak muda kerana “sesebuah
negara akan terus kehadapan dengan bakti anak muda, jika hancurnya akhlak dan
moral anak muda , maka negara akan musnah sebelum membangun”,ini suatu
perubahan yang sangat positif.
Berbalik dengan penghasilan karya yang
bermutu, jika di lihat negara jiran terus bangkit dengan kisah berkaitan cinta juga, namun
mereka lebih kehadapan dari segi mengangkat karya bertemakan kisah cinta Islamik.Salah
satu filem yang memukau para penonton dan begitu memberikan kesan positif serta
membuatkan perasaan ini lebih ingin mengenali negara-negara Islam yang lahir di
benua Eropah dan peradapan sebelum Islam berkembang dengan pesat ialah filem “99
Cahaya Di Langit Eropah”. Filem ini adalah sebuah filem genre Islam yang di
ilhamkan dari kisah benar pasangan yang merantau dari Indonesia ke benua Eropah.
Di dalam perjalanan mereka di hiasi pelbagai
kisah suka dan duka,situasi menjadi muslim di negara yang majoritihya bukan
Islam, cabaran sebagai pelajar yang sudah berkahwin serta perjalanan sebelum
dan selepas berhijab yang di ilhamkan oleh penulis buku ini sendiri akan kisah
hidupnya bersama suami di luar negara iaitu Hanum Salsalbilah dan Rangga.Kisah
mereka di angkat menjadi filem yang begitu mendalam maknanya apabila di
selitkan perjalanan mereka menemui sejarah-sejarah penemuan kewujudan Islam di
Eropah, selain dari sinematografik yang menarik,scene tempat mereka yang tidak
sahaja bercerita akan sejarah Islam juga di huraikan setiap bangunan yang
menarik.Misalnya,penemuan bangunan yang paling indah di bangunkan dalam Islam
yakni Ka’abah dengan melalui jalan yang lurus ke arah timur dari Paris ke Kota
Mekah.Bahkan apabila mendengar kota Paris sering kita bayangi kota yang menarik
dan romantik kerana Effiel Towernya namun di dalam filem ini mengisahkan siapa
dan kenapa monumen-monumen ini di bangunkan dan di situlah lahirnya Islam ,secara
tidak langsung jalan cerita yang di paparkan menjadikan daya tarikan kita
sebagai penonton berasa teruja dengan keindahan seni bina Islam di benua Eropah.
Naskah sebegini adalah sebuah karya yang
sangat menyentuh diri dengan nilai-nilai Islam.Di dalam sebuah filem ada kisah
cinta, persahabatan,konflik,sejarah yang di sembunyikan dan semangat seseorang
ketika bermusafir.Berbalik dengan filem kita masih jauh ketinggalan,karya kita
masih mengangkat kisah cinta dan kekeluargaan sebagai fokus utama sedangkan di
negara jiran sudah mampu menghasilkan karya-karya yang mengangkat martabat
Islam dan peradapan manusia di serata dunia.
sumber Google
Secara ringkasnya, filem adalah wayang yang
boleh menyimpan seribu satu kenangan oleh pelbagai generasi.Dahulunya filem
menjadi identiti sebagai hiburan semata-mata namun, kini filem adalah sebuah
gambaran idea kreatif seseorang dan bakat serta juga boleh di jadikan suatu
kebangaan negara selain memukau hati penonton sehingga di persada dunia.Andai
filem kita mampu menghasilkan karya yang tepat tidak mustahil Malaysia akan di
kenali sebagai penghasilan filem terbaik setanding filem-filem di Hollywood.
Kata
seorang penghibur yang terkenal suatu ketika dahulu, “Wayang adalah hidup,Hidup adalah wayang, skrip telah pun tertulis dan
direkturnya hanya satu iaitu yang di atas”.Maka pendekatan yang kita boleh laksanakan ialah bersatu
membantu memartabatkan industri
perfileman negara dengan menyokong karya-karya tempatan serta memberikan
kritikan-kritikan yang membina.
sumber Google