Assalamualaikum hai korang,
Aroma teh dan kemerahan buah strawberi adalah suatu kemestian setiap kali bercuti di sini.Tempat yang dingin,sayu,dan penuh dengan memori pasti akan mengikat hati sesiapa sahaja yang berkunjung.Ini adalah destinasi yang wajib untuk setiap dari rakyat Malaysia akan menjadikan kota ini sebagai pilihan untuk bercuti walaupun sekali seumur hidup.
Cameron Highlands kota idaman bagi yang sukakan cuaca yang dingin ,berkabus dan indah. Umum mengetahui Malaysia mempunyai iklim panas dan lembab sepanjang tahun namun kota cinta ini yang terletak dalam negeri Pahang akan menyebabkan setiap dari pengunjungnya menyimpan seribu satu kenangan untuk di bekalkan sebagai perjalanan yang wajib di jejaki walaupun laluannya merupakan suatu cabaran bagi pemandu namun ianya tidak mematahkan semangat untuk menaiki tanah tinggi ini.Suasananya yang begitu indah tatkala di waktu pagi dapat di rasai sendiri dengan desiran angin yang kuat serta berkabus tebal dan awan yang sentiasa kelihatan memukau tidak perlu melancong jauh ke luar negara kerana di tanah tinggi ini dapat kenikmatan yang sangat alami.
Jauh dari kota yang sibuk dengan kesesakan dan kesibukan kerja kota ini boleh di katakan harapan pada minda yang keletihan.Kenikmatan yang perlu di rasai apabila secangkir teh yang di sertakan sekali dengan kelembutan scone begitu alami rasanya dengan di kelilingi ladang strawberi yang mencantikkan lagi suasana serta menambahkan lagi rasa kepuasan yang tidak terungkap.
“Fa,bangun dah sampai tempat impian kau ni kali kedua dengan aku,” kejut sahabat aku Atikah ketika aku di buai mimpi indah dalam keretanya terdahulu aku pernah ke kota ini tetapi bersama rombingan Cik Kiah jadi musafir kali ini berbeza kerana pergi dengan teman baik aku dan juga teman-teman baru. Perjalanan dari Johor Bahru ke Kota ini bukanlah mudah cabarannya apatah lagi memandu di waktu malam rezeki kami suami kepada kawan kami ini yang sudi menjadi pemandu.Kami berempat memulakan perjalanan waktu malam supaya boleh sampai di awal pagi dan perancangan kami menjadi apabila memilih bercuti pada hari biasa dan selepas cuti umum Deepavali supaya kami tidaklah tersangkut dengan perjalanan yang memenatkan.
Sebaik sahaja tiba kami bermula dengan sarapan pagi di KHM memilih scone sebagai sarapan pagi ianya membuka selera kami yang pertama di sini. Alhamdulillah, ketika kami sampai jalan masih sepi dan tidak perlu beratur itu pentingnya bercuti di luar musim cuti sekolah.
KHM
Sebelum check in, kami sempat ke Cactus Point ada bermacam –macam jenis pokok cactus aku sempat beli pokok cili harga tak mahal cuma RM12.00 untuk satu pokok maka penuhlah kereta kami dengan tumbuhan. Setelah itu,kami check in ke hotel penginapan kami di Nova Highlands Hotel nasib kami tak dapat tingkat 7 hehe biasalah kisah seram yang viral di aplikasi Tik Tok tapi kami tidak endahkan hanya tawakal sahaja.
Kami juga sempat singgah di Agro Farm tempat baharu yang banyak jualan bunga-bunga dan sesuai untuk OOTD dengan bayaran masuk RM25.00 untuk dewasa.
HASIL DARI CACTUS AGRO FARM
Makan malam kami tak lengkap tanpa steamboat dan grill kami pilih untuk makan sebagai penutup di Steamboat Rainbow Garden bayarannya puas hati serta banyak pilihan yang sehingga tak tahu nak pilih yang mana kami makan 3 kali tau hehe, selepas kekenyangan kami bertolak ke pusat membeli belah baru yang sudah beroperasi yakni Centrum Mall ada banyak kedai-kedai menarik yang paling aku teruja dapat menikmati Pani Puri yang sedap.
Steamboat Rainbow Garden Pani Puri Centrum Mall
Hari kedua adalah kenangan yang tidak dapat di lupakan di mana aku terasa Puteri di buai tinggi hanyunannya tatkala menanti Sang Putera ( berangan sekejap) di Cameron Tea Valley setelah kami bersarapan di Abang Strawberi nasi lemaknya warna merah jambu sangat teruja apabila dapat makan di situ. Kami juga sempat singgah di Agro Farm tempat baharu yang banyak jualan bunga-bunga dan sesuai untuk OOTD dengan bayaran masuk RM25.00 untuk dewasa.
NASI LEMAK ABANG STRAWBERRY
Di kenali sebagai Bharat Tea 2 aku memilih lokasi ini kerana mahukan buaian di atas ladang teh itu.Perjalanan untuk naik ke atas perlu menaiki Landrover 4x4 yang perlu di bayar seorang RM 20.00 sahaja dan perlu ambil masa dalam beberapa minit sahaja untuk naik ke atas itu memang tak boleh ‘rileks’ naiki atas bukit itu Abang yang bawa ini gegar rasanya perlu kuat pegang besi kalau tak boleh terbang nasib kami ini sihat-sihat belaka boleh imbangkan badan.Manakala, bayaran untuk ambil gambar dan naik buaian itu RM 10.00, ada jurugambar yang merakam aksi kita atas buaian itu.Setelah selesai bayaran untuk gambar yang telah di ambil dalam 10 keping berjumlah RM 20.00 namun untuk menaiki buaian itu tidak boleh melebihi 100kg nasib aku 90kg sahaja,walaupun pada awalnya Abang yang jaga situ tak percaya tapi aku yakinkan juga,’’ Yelah perempuan mana suka tipu pasal berat badan ini sebab kami kaum hawa suka makan jadi tak boleh sembunyikan fakta itu kecuali umur je kami wajib “cover” maklumlah kami kaum hawa ini kanak-kanak yang tak pernah dewasa hehe.’’ Setelah habis sesi menaiki buaian yang aku seorang sahaja dapat naik kerana cuaca kelihatan menendung jadi,kami turun dengan segera dan di berikan tiket masuk percuma ke mini zoo dapatlah kami jumpa sedara dalam itu.
Teh adalah suatu kemestian setiap kali ke Cameron Highlands ini di Cameron Valley Tea Plantation ini di sediakan pelbagai jualan teh dan perisa serta botol minuman, aku turut tidak melepaskan peluang membeli beberapa kotak teh untuk di jadikan ole-ole apabila pulang nanti dan rezeki kami ketika hadir di kedai itu ada promosi jualan teh hampir RM100.00 aku habiskan di situ peluang tak datang banyak kalikan jadi kenalah rebut peluang yang ada.
SELEPAS TURUN BUKIT(OOTD DULU) DALAM MINI ZOO
Di malam hari pula tak lengkap rasanya kalau tidak singgah di pasar malam Brinchang di mana ada pelbagai juadah makanan dan minum di sediakan ada kambing bakar,jagung cheese,nasi goreng ,dan sup kambing.Pasar malam ini agak panjang dan mempuyai 2 bahagian suatu untuk jualan makanan dan satu lagi untuk jualan pakaian.Apa lagi kami ‘tapau’ untuk makan malam di hotel,.
Hari ketiga yakni hari terakhir untuk kami bersiap-siap meninggalkan seribu satu kenangan di sini, kami memulakan sarapan di Warung Ikat Tepi terletak bawah sedikit dari KHM harga yang berpatutan dan sangat berbaloi menunya begitu tertarik tidak melepaskan peluang aku order set roti bakar keju dan telur separuh masak di hidangkan sekali dengan asam pedas meatball.
WARUNG IKAT TEPI
Selepas kami kekeyangan kami menuju ke KEA Farm di mana tempat paling seronok untuk borong baju dan strawberi serta sayur-sayurannya yang segar dan murah mana nak dapat ye di JB, 7 paket sayur RM 10.00 siap dapat 1 paket sayur percuma dan tak lupa jugak membeli jagung yang di jual oleh seorang Uncle Cina sangat manis dan murah Uncle ini viral ye di Tik-Tok.
Setelah itu, kami berangkat pulang dengan memori yang tercipta di sini.Kami bertolak jam 12 tengahari sampai di JB pada 11 malam kerana cuaca hujan tak mengizinkan kami untuk pulang cepat.Entah bila lagi rezeki kami ke sini lagi,insyallah jika sampai rezeki untuk ke sini lagi mudahan kami membawa lebih banyak kenangan yang manis semanis buah strawberi yang di tanam di kota ini.
Akhir kata, aku meninggalkan sebuah nukilan puisi yang aku ilhamkan sewaktu berada di sini ,tiada siapa yang mengerti perasaan aku yang sering di himpit pelbagai musibah, dapat aku redupkan hati dan jiwa yang gundah ini dengan kenikmatan di balkoni sambil melihat kabus tebal di waktu pagi suasana yang sejuk dan tenang tidak di lepaskan lidah aku untuk berzikir dan berselawat perasaan ini benar-benar teruja mungkin kerana kesibukan dunia aku alpa nikmat ketenangan hati.Secangkir teh di hirup membuahkan hasil kedamiaan yang tidak canggung ,inilah barkah dari musafir yang aku idamkan.
NUKILAN KU
KETEMU JIWA SEPI
Aku menanti sebuah gambaran,
Di mana lantai yang di jejak redup,
Mata yang melihat tenang,
Dersikan angin terasa nyaman,
Ku temui dengan hati yang di selubungi ronta,
Di mana selawat dan zikir kejutkan diri,
Tentang ketabahan,
Tentang jiwa yang pilu,
Tentang rasa cinta yang pudar,
Syukur dan Sabar kunci jalan ke Syurga,
Dan aku temui di sini.