Isnin, 5 Disember 2022

DIARY PELAJAR UNIRAZAK

 Sabtu yang lalu aku menghadiri anugerah yang di anjurkan Universiti aku,paling nervouse nya aku mulakan perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur menaiki bas seorang diri tanpa teman ,ini kali pertama aku ke Kuala Lumpur seorang diri dan kali kedua aku ke KL last pergi 2020 dengan adik aku untuk berjumpa dengan Baby Syamim hihi dan kali ini untuk anugerah buat aku ,BRSBITE 2022 sempena hasil usaha sama dengan rakan-rakan sama sem dengan aku dan batch2 yang lain yang capai anugerah Dekan.Dapat jumpa diaorang walaupun kali pertama setelah belajar 2 tahun ini hihi...online kan mana pernah jumpa aku lak jarang buka kamera walaupun selalu masuk kelas.


Bertolak Jumaat sampai sahaja kat TBS tu aku tapau makanan dulu sebelum masuk hotel jam 2 selepas itu pergi lah naik Grab nak naik LRT tak ada orang ajar lagi aku pun tak berani nak turun mana hihi so, ambil langkah mudah sahaja.Sampai hotel SCC City Hotel rehat ,makan dan bersiap ke majlis nasib ada kawan aku lain batch kira junior lah tolong ambil aku pergi majlis hihi so,pukul 8 pm sampai terus duduk dengan member2 sama batch dan apa lagi majlis bermula aku pula gugup kena naik pentas adoi...dah macam graduasi lak gelabah cepat2 aku nak turun sampai Prof tu siap cakap lagi 'sekejap ambil gambar dulu' punya gelabah aku nak turun cepatkan hihi dan pukul 11 pm habis sesi ambil gambar ,makan,selfie2 gitu dan balik Nurul hantar sempat lah makan lagi n tapau sebelum tu pergi tengok KLCC dari jauh ,esok dah balik JB pagi sebab petang aku masuk kerja hihi...Aku tak akan lupa moment aku ni sebab  bila lagi nak bergelar pelajar cemerlang aku dapat dekan baru sekali jadi jauhlah nak dapat Ijazah Kelas Pertama tapi ada rezeki Inshallah,mudahan dapat lakukan yang terbaik last sem ini dah bergelar pelajar tahun akhir hihi...wish me luck taw...

Mudahan panjang umur jumpa lah lagi time convo....2023 InsahAllah...Aamiin.





3 SERIES HERE

 Holla, pejam celik pejam dan celik2 hehe aku sudah pun memasuki usia tiga puluh tahun dan ini merupakan bulan terakhir pada tahun ini entah...