sumber dari video google nyanyian DATO SRI SITI NURHALIZA
Fajar di ufuk timur mulai memancarkan sinarnya. Bintang-bintang di langit
nampak berkedipan di balik awan.Desiran angin pagi mulai menghembuskan nafasnya
dan mulai membelai lembut serta menerpa daun-daun kering.
Suara azan Subuh mula bergema memecahkan kesunyian
pagi dan terdengar nyanyian sekumpulan burung yang berterbangan seolah-olah
sedang melantunkam syair keceriaannya dalam menjalani kehidupan baru.Di
ibaratkan dunia ini sedang di hiasi kenyamanan
dan kedamaian oleh potret kehidupan seorang wanita yang tumbuh dengan
agama,akhlak,pengetahuan,budaya,ketulusan,ketakwaan dan kesucian yang
memancarkan kemilauan cahaya ke hadapan setiap pemudi Muslimah yang ingin
meraih kerjayaan dalam hidupnya di bawah petunjuk dan jalan yang lurus dari
Allah SWT.
Pengetahuan dan inspirasi itu datang dari
seorang wanita yang agung ini adalah seorang Srikandi penebar kedamaian,penuh
kasih sayang dan cinta.Bertangan lembut dalam damai dan kepayahan serta
sentiasa ikhlas dan cerdas di dalam hatinya yang lembut.Kesemuanya itu,
terhimpun penuh di jiwanya seperti di sabdakan oleh Rasulullah SAW , “wanita
adalah ‘belahan jiwa’ seorang lelaki”.Wanita yang paling di cintai Rsulullah
SAW ini adalah Srikandi,Sang Sutera Hijau dialah AISYAH R.A.
Aisyah R.A juga dapat di lihat
keperibadiaannya melalui cara Aisyah berinterasi dengan kata-kata merupakan
kekuatan dan kefasihan dalam memilih ungkapan yang sesuai dengan konteks bagi
merungkai sesuatu bahasa dan tuturkata sebuah kalimat termasuk memberi idea dan
gambaran cukup terserlah di dalam diri Aisyah.Hanya orang-orang yang berbakat
luar biasa sahaja mampu mewujudkan kerja berinteraksi seperti itu.Di dalam
catatan kecil di mata bangsa Arab syair itu bahasa dan bahasa itu adalah
syair.Aisyah menyatakan , “ Ajarkanlah anak-anak kalian syair agar lisan mereka
cekap bertutur kata.”.Kehebatan Aisyah tidak hanya di lihat melalui sastera dan
budayanya,kehebatan Aisyah dapat di lihat dengan ilmu pengetahuannya secara
umum Aisyah adalah orang yang paling berpengetahuan dan paling baik mengemukakan
pendapat kata Atha’ bin Abi Rahab.
Aisyah mempunyai pengetahuan yang
tinggi dari pelbagai aspek salah satunya banyak hadith dari Rasulullah SAW yang
di riwayatkan oleh Aisyah sebanyak 2000 hadith,Umar Bin Al-Khattab antara salah
seorang generasi sahabat baginda meriwayat hadith Nabi dari Aisyah RA.Selain
ilmu pengetahuan yang tinggi Aisyah memiliki segenap kecantikan dan
kesempurnaan seorang wanita ia menguasai ilmu sastera Arab balaghah dan bayan.Pintar dan cerdas yang menempatkan Aisyah di
sisi Rasulullah SAW yang paling istimewa.Di riwayatkan Rasulullah SAW mendengar
Aisyah melantunkan syair Zuhair bin Jurah,
“ Angkatlah yang lemah pada mu,
Suatu hari tidak membingungkan mu,
Akibat yang di timbulkannya,
Akan engkau raih balasan atau
pujian,
Orang yang memuji tindakkan mu,
Seperti membalas (mu).”
Maka Rasulullah SAW bersabda,
ertinya, “ Engkau benar,wahai Aisyah!Seseorang tidak bersyukur kepada
Allah,jika ia tidak boleh bersyukur kepada manusia”.
Di situ jelas terlihat kepandaian
Aisyah di dalam ilmu sastera dan memberi pendapat.Aisyah juga yang mahir di
dalam syair menjadikan setiap bait-bait yang di lantunkan sebagai hujah yang
bermanfaat.Hati yang bertabur iman dan menyatu dengan Ar-Rahman ini tidak
mungkin ada setitik perasaan sombong atau tinggi diri dan Aisyah tidak pernah
merasa lebih dari orang lain.Aisyah amat jauh dari sifat-sifat itu.
Aisyah juga di kenali sebagai
sifatnya yang rendah diri dan dermawan.Sikap dermawan tidak asing lagi di dalam
diri Aisyah.Dari sebuah riwayat ‘seorang miskin datang meminta-minta ke rumah
Aisyah ,masa itu Aisyah sedang berpuasa dan hanya memiliki sekeping roti lalu
ia menyuruh pembantunya untuk memberikan roti miliknya itu kepada pengemis
itu,pembantunya berkata “Wahai Ummul Mukmin bukankah hanya itu yang engkau
miliki?,lalu dengan apa engkau akan berbuka?”.Aisyah tetap menyuruh pembantunya
memberikan roti itu kepada pengemis itu.’Sikap dermawan Aisyah atau
gelaran Ummul Mukimin itu amatlah perlu
di contohi memberi ketika diri sendiri memerlukan kerana ganjaran yang bakal di
perolehi biarlah Allah SWT penentunya.Bingkisan dari kisah itu,Aisyah di
datangi sebuah keluarga dari Anshar apabila menjelang petang dan mereka
menghadiahkan seekor kambing biri-biri yang penuh dengan roti,Aisyah memanggil
pembantunya dan berkata, ‘makanlah ini,ia lebih baik dari rotimu .’
Nilai murni dari pengajaran kisah
ini boleh di ambil intipatinya bahawa sikap Aisyah atau di gelar sebagai
Sang Sutera Hijau ini membuktikan perlunya ada sikap saling membantu dan
sentiasa yakin dengan rezeki yang Allah SWT telah aturkan.Kisah ini memberi
impak di dalam kehidupan sekaligus menjadikan sedekah sebagai suatu amalan yang
perlu di semai.
Dermawan dan penyayang itu lah dia Saiditina
Aisyah RA sikapnya di jadikan inspirasi bagi setiap wanita yang menjadikan
Aisyah sebagai ikon dalam kehidupan.Aisyah pernah di datangi anak
saudaranya,Hafsah binti Abdurrahman bin Abu Bakar AS Siddiq, ia memakai tudung
tipis yang sehingga menampakan bahagian belakangnya,lalu Aisyah mengambil
tudung itu dan menggantikannya dengan tudung yang tebal.Inilah contoh sikap
penyayang Aisyah terhadap anak saudaranya.Sikap Aisyah ini amat di kagumi
kerana keprihatinannya terhadap keluarga,orang miskin dan sesiapa sahaja, tidak
hairanlah Aisyah di gelar Ummul Mukmin dan seorang cendikiawan yang tersohor
dan ahli sasterawan yang sangat bijak di dalam perbahasannya,dialah Saiditina
Aisyah RA isteri Rasulullah SAW yang paling dekat dengan Baginda dan paling
memikat hati. Bukti kehebatan dan kepintaran Saiditina Aisyah ini sangat jelas
dan istimewa kerana sifat-sifat beliau hanya di miliki oleh insan yang di pilih
Allah SWT.Aisyah juga di kenali sebagai periwayat yang paling bijaksana , Abu
Musa al-Asy’ari mengatakan “setiap ada hadis yang menyulitkan kami (sahabat
Rasulullah SAW) bertanya kepada Aisyah,pasti kami dapatkan padanya ilmu
pengetahuan dari (Rasulullah SAW).”
Az-Zuhri mengatakan, “andaikan
seluruh ilmu pengetahuan Aisyah di sandingkan dengan ilmu pengetahuan semua
wanita,nescaya ilmu pengetahuan Aisyah jauh lebih unggul.”
Di antara aspek ilmu pengetahuan
yang paling di lihat di sisi Aisyah adalah dalam meriwayatkan secara umum dan
khusus berkenaan dirinya dan hubungan dengan Rasulullah SAW.Aisyah menghuraikan
tentang hukum-hukum syariat,dan mempertegaskan dengan tepat sebab-sebab turunnya sebahagian Al –Quran,agar mendekatkan diri kita tentang hakikat kebenaran erti yang
kadang kelihatan samar walaupun sebahagian dari nya adaah sahabat Rasulullah
SAW.Justeru itu,Aisyah akan menjadi tempat mereka sebagai rujukan jika terdapat
keraguan atau ketidakfahaman di dala sesebuah hadis.Kejujuran adalah sikap
utama dalam kehidupan manusia,kerana ia terkait secara langsung dengan erti
keadilan sebagai dasar kehidupan manusia.Suatu masyarakat akan mustahil boleh
hidup dengan tentram tanpa wujudnya sifat jujur di antara mereka.Mungkin di
antara dasar-dasar kejujuran yang terpenting adalah apa yang di maksudkan oleh
Rasulullah SAW , “Cintailah saudaramu seperti kamu mencintai diri sendiri.”Keperibadiaan
yang mencintai kejujuran dan mengabadikannya dalam kehidupan nyata adalah
sebuah akhlak mulia dan jiwa yang besar yang terhormat.Aisyah pernah mengalami
pelbagai dugaan dan rona kehidupan termasuk perasaan sedih dan sakit.Hanya
dengan menghadapi bersama jiwa yang tenang dan kuat imannya akan mampu
melaluinya.Aisyah isteri Rasulullah SAW
insan yang paling mulia dan dia adalah isteri yang paling di cintai
Rasulullah SAW sudah tentu merasakan derita yang di alaminya kerana pihak musuh
tidak akan membiarkan begitu sahaja untuk memperolehi setiap peluang
menyakitinya.Pada diri Aisyah terdapat contoh ideal wanita muslimah dengan
kelengkapan ilmu dan ketakwaannya yang tidak di ragukan telah memberikan
pengaruh besar di dalam penyebaran dakwah.Mekah al-Mukarramah menjadi saksi
babak baru dalam dunia iman dan keyakinan yang di pimpin oleh pemuda yatim
menjadi mahkluk Allah SWT yang termulia dan penutup segala nabi dan para
rasul.Di sinilah ikatan Aisyah dengan Rasulullah SAW tercipta menjadi bukti
kuat yang berhubungan dengan langit.Aisyah yang mewarisi kepandaian ayahandanya
Abu Bakar as-Shiddiq membuatkan keperibadiaannya lebih menyerlah dan berilmu di
dalam pelbagai aspek tidak terkecuali dalam bidang sastera yakni syair
Arab.Aisyah dan syair tak dapat di pisahkan.Ketajaman dan kefasihannya mampu
mengasah naluri bakat terpendam dan menghiasi tepian-tepian sungai
keindahan.Aisyah menekankan bahawa mengajarkan syair kepada anak-anak merupakan
salah satu faktor penting untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam
berbahasa.Di sini kelihatan jelas bagaimana pentingnya bahasa di mata Aisyah
dan peranannya terhadap bahasa.Keistimewaannya itu terurai melalui hadis-hadis
memberikan warna terhadap pemaknaan bahasa sepanjang sejarah bangsa
Arab.Hubungan istimewa antara Aisyah RA dengan bahasa Arab membuka cakrawala
pemahaman autentik dengan manifestasi teks-teks bahasa Arab dalam wujud
ungkapan dan syair,wahyu ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW
serta menyertainya dengan struktur bahasa yang benar dan indah.Ia memaparkan
gamabaran hidup dari sejarah perjalanan Rasulullah SAW meliputi prinsip-prinsip
hidup,perkataan,dan segenap perbuatan beliau dalam keadaan damai mahupun
peperangan.Ia juga menguraikan gambaran tentang kehidupannya bersama baginda
dan pengalaman-pengalamannya bersama para isteri Rasulullah SAW.Tidak
ketinggalan,gambaran pengalaman pahit dalam hidupnya terutama yang berhubungan
dengan peristiwa-peristiwa sangat peribadi dalam kehidupannya.Anak saudara
,Urwah bin Zubair RA mengatakan “Aku tidak meliaht seorang pun memiliki
kepandaian dalam ilmu fiqih,kedoktoran,dan syair melebihi Aisyah RA.”Ia adalah
kesaksiaan yang tinggi atas kepandaian Aisyah dan ketegasannya dalam
sifat-sifat istimewa yang di anugerahkan Allah SWT kepadanya.Sifat-sifat itu
hanya mungkin di miliki oleh orang yang di pilih Allah SWT melalui deskripsi
secarik kain sutera hijau dengan perantaraan wahyu langit yang di sampaikan
kepada para nabi.Tampak gambaran seorang wanita mulia,berakhlak
luhur,berfikiran cerdas,cerdik dan keperibadian tenang.Dialah isteri kesayangan
baginda.Dialah sang ilmuwan dan sastrawan yang fasih,mengjarkan bagaimana
berinteraksi dengan bahasa al-Quran,bagaimana memilih ungkapan,rangkaian,contoh
dan ilustrasi bijak,cerita dan hikmah yang di ungguli oleh Aisyah.Dalam kitab
al- Mustadrak,Hakim meriwayatkan komentar AHnaf bin Qais , “ seumur hidupku,aku
selalu mendengarkan khutbah Abu Bakar As-Shiddiq ,Umar bin Khathab,Usman bin
Affan,Ali bin Abi Thalib serta khutbah para khalifah.Tidak ada pembicaraan satu
mahkluk pun yang lebih mengagumkan di banding Aisyah RA.Tentang aspek ini
cukuplah dengan memperhatikan kemampuan kreatif Aisya RA kerana baginya bahasa
memiliki hubungan erat dengan al-Quran ia merupakan referensi utama dan tunjak
utama terkuat yang menjadikan indah dan semakin indah.Oleh kerana itu, Aisyah
RA benar-benar memberikan perhatian besar terhadap perbendaharaan kosa kata
yang terkandung dalam Al-Quran.Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis di dalam
Musnadnya dari Yazid bin Babnus ia berkata, “ Aku pergi menemui Aisyah
bersama seorang teman.Kami mohon izin bertemu dengannya.Ia memberikan kami
sebuah bantal dan menarik tirai.Temanku berkata, ‘Wahai Ummul Mukmin apa
pendapatmu mengenai ‘irak’?, ia bertanya “ apa itu ‘irak’?,aku menepuk bahu
temanku, lalu ia berkata , ‘mengapa kamu sakiti saudaramu?apa itu ‘irak’ tanya
dia sekali lagi. “berhubungan dengan hadis atau menstrusi al mahidh?Ucapkanlah
sebagimana firman Allah SWT yakni
al-mahidh?”.Dalam kisah di atas jelas kelihatan bahawa Aisyah mengingatkan kepada
yang bertanya mengenai dua perkara,pertama penggunaan kata yang asing dan tidak
di kenali umum di kalangan kaum muslimin,yaitu ‘irak’ yang bererti mahidh
(berhubungan dengan masalah hadis dan menstruasi).Kedua, penggunaan kata di
luar kosa kata Al- Quran yang tidak di perkenankan dan di pandang sebagai
penyalahgunaan bahasa yang sama sekali tidak ada dalam khazanah bahasa Arab
fushha,yaitu Al-Quran,kerana itu ia mengarahkan agar mengucapkan kata-kata
sesuai dengan firman Allah SWT.Tidak di ragukan lagi bahawa kadar kualiti
bahasa dan sastera merupakan faktor penting yang menjadikan Aisyah RA memiliki
kemampuan untuk mengurai,mengarahkan,dan memahami pelbagai
pandangan,hokum-hukum fiqih,dan lain-lainnya bagi sahabat-sahabat Rasulullah
SAW .Pandangannya terhadap berbagai persoalan menjadi rujukan para
sahabat.AL-Quran adalah sekolah pertama dalam hal akurasi pengungkapan
bahasa.Al-Quran lah yang menguatkan perkembangan bahasa Arab,menambah amunisi
kekuatan sebagai pegangan,dan mengembuskan kekuatan bagi bangsa Arab pra-Islam
di ketika itu.Ahli bahasa di gambarkan mencapai puncak ,piawai dalam dialektika
bahasa dan bersilat kata.Mereka di gambarkan sebagai kaum antagonis sebab
ungkapan agak keras yang menunjukkan kepiawaian mereka bertutur kata,membolak
balik rangkaian kalimat dengan berbagai apologi dan alibi kata untuk menguatkan
pendapat.Demikianlah capaian puncak bahasa Arab di zaman Jahiliyyah.
Bahasa
adalah harta terpendam yang tidak terhingga nilainya jika manusia boleh
mengetahui jalan untuk meraihnya,ia akan piawai mengeksplorasi kata,kreatif
memformulasi kalimat,mampu memuaskan dan memberikan pengaruh kepada
pendengarannya.Bahasa adalah aset berpontensi.Orang yang bersungguh-sungguh
untuk meraihnya akan menemukan jalan kerjayaan dan kemudahan dalam berinteraksi
dengan manusia.Pintu menuju daya kreatif terbuka luas dan jambatan untuk
menebar pengaruh terhadap orang juga terbentang luas.Buktinya Aisyah RA yang
memang layak di jadikan contoh dan taulaan dari segi tuturkata bahasa Arabnya
yakni bahasa Al-Quran dan syurga.
Ia memberi suatu contoh yang baik sekali tidak
hairanlah Aisyah di gelar cendikiwan yang terulung sekali sehingga ke hari ini
sifat-sifat Aisyah dan cara beliau melaksnakan tanggungjawab sebagai isteri
banyak yang boleh kita contohi dengan akhlaknya yang mulia dan ilmu pengetahuannya
yang tinggi Aisyah RA merupakan seorang tokoh dan isteri yang bagus kita
teladani menjadi ikon bagi terhadap wanita.Bukan itu sahaja ungkapan dari cara
Aisyah berinteraksi menjadi informasi yang mengagumkan,mengundang perhatian dan
memercikkan api imaginasi di dalam fikiran orang-orang yang
mendengarnya,melukiskan secara utuh orang yang berjalan membuat hentakan bumi
dari derap langkah kakinya.Inilah antara keperibadiaan Aisyah RA di dalam
kehidupannya yang perlu di teladani sebagai seorang wanita Aisyah RA
memperlihatkan bahawa kuatnya diri seorang wanita di samping suami tercinta
dalam mengahadapi rintangan dan dugaan besar di dalam kehidupan Aisyah
membuktikan bahawa kecekalan hati dan kepandaian mampu merubah arus kehidupan
tidak hairanlah Islam sangat menitik beratkan soal mempelajari ilmu
pengetahuan.Di zaman Aisyah peperangan dan kasih sayang seiring berlaku dalam
kehidupannya maka jadikanlah kisah Aisyah RA sebagai panduan hidup kerana
akhlaknya yang terpuji dan kebijaksanaanya beliau sangat di sayangi baginda dan
Aisyah RA juga sangat petah dalam tutur kata bagi membahaskan sesuatu hujah dan
hadis maka tidak hairan lah dia di gelar Ummul Mukmin atau Sang Sutera Hijau
sumber inspirasi srikandi ummah.

BUKU RUJUKAN