Rabu, 4 November 2020

What are digital markets and its related digital products that can be seen now on any of the e-commerce platform?

 

                                               IMAGE BY GOOGL



E commerce, or electronic commerce, refers to transactions conducted via the internet. Every time individuals and companies are buying or selling products and services online they’re engaging in e Commerce. The term e Commerce also encompasses other activities including online auctions, internet banking, payment gateways, and online ticketing. E commerce marketing is the act of driving awareness and action toward a business that sells its product or service electronically.  E commerce marketers can use social media, digital content, search engines, and email campaigns to attract visitors and facilitate purchases online. E-commerce is a business where buying and selling depends in the cyber world. Ergo the Digital Marketing comes into the picture, as it is the only medium to avail E-commerce business to grow. The expeditious magnification of smartphones and internet give comprehensive access to selling and purchasing.


Selling physical products, whether handmade by the designer, or created by someone else and on sold, is highly changeable, and extremely time-consuming. There are the added complexities of shipping, international customers, taxes, laws, importing, inventory management. Digital products, however, are in a league of their own. In comparison, digital products are easy to distribute, significantly more sustainable, can be replicated infinitely, and are oftentimes simpler to create. With little more than one or a few devices, any person is capable of making a digital product worthy of sharing or selling. No physical materials, factories, or staff required. Just a computer, a sprinkle of passion and drive, and some time. Related Digital product that can be seen in the e-commerce platform were


 


eBooks have been and continue to be one of the most popular digital products for both creators and customers. They are relatively simple to produce since they require little more than written text and a few relevant images. eBooks are simple to distribute via large marketplaces or self-created online stores.

Video is an extremely popular and effective format for delivering information online. Video content can be educational, informative, or entertaining. It’s significantly more engaging than text, and can be easily consumed by clicking a play button and watching. Users love video, and in many cases are happy to pay for it.

Audio is a powerful medium for communicating messages, and there are many different types of audio digital products. People pay for audio tracks that entertain them, soothe them, inform them, inspire them and help them achieve business goals, to list just a few examples.

Photography - High-quality, premium photos are one of the most sought-after digital products today. The biggest consumers of online photographs are bloggers and website owners

Utilizing Digital Marketing, E-commerce engenders immensely colossal revenue as it avails to acquire customers and brand value. Customers are no more dependent just on content or a word-of-mouth a fore buying a product, they ascertain to read the reviews about a product on all the platforms on which the product is listed.


 


Type of Digital Products and Goods,Software,E books,Audio Files and Music Production Software,Games,Photography,and Video.


 E Commerce platform  that give access to selling and shopping almost anything . example of the product are Lazada, Shopee, e-bay. Alibaba.com, Trivago, Grab, Food Panda, mudah.my, Carousel, Lelong, Zalora, Amazon  and many more and it can make people choice and give feedback and easy for working people.




Selasa, 13 Oktober 2020

BERGELAR MAHASISWA DI USIA 26 TAHUN,USIA BUKAN PENGHALANG UNTUK BERJAYA

 Hai aku Ayu dah lama rasanya tak menggunakan blog ini sebagai penulis jalanan banyak yang aku dah tempuhi dan alami di usia hampir 30 an ni salah satu impian yang mahu di gapai, ya impian adalah  perkara yang menghidupkan naluri manusia, impian juga yang memberi semangat dalam hidup kita setiap kali bangun dari tidur yang lena kita mesti berusaha agar mimpi kita menjadi nyata.

Terdetik di hati aku kenapa orang lain boleh menjadi Youtuber,Insta Famouse,kaki blog dll tapi aku agak payah mungkin belum sampai masanya mungkin juga aku kurang pandai dalam mengatur langkah namun impian aku nak menjadi seorang penulis puisi tak pernah padam.

Setelah memasuki usia 26 tahun,2020 ini dunia di uji dengan kejadian yang hampir seluruh dunia menerima kesannya iaitu Covid 19 Peristiwa yang membawa kepada Lockdown di MALAYSIA ternyata memberi aku ruang dan peluang dalam mengilhamkan semua puisi yang aku tulis sejak di bangku sekolah menengah lagi.Setiap tahun nama aku akan ada dalam buku JASA sekolah tak pernah aku kecualikan.

Apabila aku sedar bahawa minda kita perlu sentiasa berehat barulah terbuka kesemua benda-benda posotif bila masuk tahun 2020 aku sudah mulakan dengan langkah memulai  dengan mengaji benar kata orang kalau kita mula mencari hakikat hidup di jalan ALLAH inshallah Allah akan membantu,baru aku nampak apa yang perlu aku ubah dalam hdiup aku dan apa yang aku sia-sia kan kini.

Selepas aku mulai mengaji di peringkat awal kesannya aku nampak,aku mula memikirkan masa depan aku apa langkah seterusnya yang aku mahu lakarkan dalam hidup aku. Pelajaran,belajarlah sehingga ke negeri China. YA akhirnya, aku bergelar Siswazah di UNIRAZAK pada awal nya mahu mengambil di UTM namun rezeki aku menyebelahi di UNIRAZAK mula-mula ambil masa PKP, 9 MAY 2020  itu tarikh keramat aku yang aku tak kan lupakan setelah itu, bermulalah langkah aku sebagai MAHASISWA walaupun secara talian tapi pembelajarannya sangat padat seperti pelajar universiti lain yang secara am. Diam tak diam dah nak final sem tinggal exam saja,nasib ada kawan-kawan yang membantu kami sem 1 hanya 7 orang dan ada yang paling tua dalam kelas kami hingga aku terfikir sedangkan yang berusia masih mahu belajar apa pula alasan aku untuk tidak berusaha,maklumlah aku yang paling muda dalam sem 1 ni kami pelajar special intake sebab di terima kemasukan semasa PKP di laksanakan.

Alhamdulillah, aku harus berusaha dan terus hadapi langkah seterusnya bagi aku,aku telah sedar dari mimpi yang lena dan aku akan terus bangkit demi laksanakan impian aku mengulung ijazah pertama.Kahwin ehm belum lahgi deh masih lagi menjadi samar-samar sebab orang  Kelantan tak suka orang Johor,orang Johor tak suka orang Kelantan tapi kami sama-sama suka dan sayang nasib badan tak kahwin sambung je lah belajar ada jodoh ada lah kan.Niat di hati nak halalkan hubungan tapi sukar bila keluarga tak suka, ini lah hakikat drama Melayu kan.(ayat sedih).

Sekian di sini sahaja penulisan aku,hanya ini dapat aku kongsikan...





Khamis, 11 Jun 2020

BUKA AKAUN BANK BAGI INDIVIDU DI BAWAH UMUR 18 TAHUN



Assalamualaikum lama tak update di blog ayun  walaupun tiada siapa lagi yang baca atau yang sudi tapi minta ayun  menulis idak pernah terpadam okay hari ini sempena PKPB dan ramai dah mulai balik kampung memandangkan kita semua boleh dah rentas negeri jadi hari ini ayun pergilah teman adik untuk buka akaun di PUBLIC BANK di SENTOSA JOHOR BAHRU  memandangkan dia masih lagi bawah umur jadi ayun datang sebagai penjaga.

mula-mula datang macam biasalah kena beratur jarak 2 metermengikut SOP  dan selepas itu kena scan barcode untuk mendaftarkan diri dalam talian itu setelah itu ayun ingat ke adik lepaslah nak buat akaun dan dapat kad atm rupanya bagi penajaga yang mahu membuka akaun anak bawah 18 tahun ke bawah  perlu membawa dokumen seperti surat beranak asal atau salinan walaupun kita dah ada kad penegenalan  tapi ayun pula tak bawa sebab tak tahu kan.Jangan bimbang akaun masih boleh di buka cuma hanya dapat buku kad ATM akan dapat setelah usia 18 tahun selepas hari lahir dan hadir selepas sehari atau lebih selepas memasuki 18 tahun.Jadi tak dapat lah adik ayun kad atm hanya dapat buku sahaja lah.Its okay lagi beberapa bulan saja usia dia akan menjadi dewi remaja gitu.Adik buat untuk kemasukan gaji melalui bank ini jadi pada mereka yang bekerja sementara tunggu keputusan spm stpm atau upu yang bekerja untuk buat akaun bank perlulah berumur lebih 18 tahun ke atas untuk mendapatkan kad ATM bank lain ayun tak pasti kalau umur masih lagi bawah jadi lah macam kes adik ayun tu

.Dokumen yang di perlukan 

-  surat pengesahan dari majikan/syarikat bagi urusan buka akaun bank


-  salinan IC pemohon dan  IC asal.


-  salinan/asal  ibubapa/penjaga untuk standby.


- salinan atau asal surat beranak ibubapa/penjaga.


- wang sebanyak RM 250.00 untuk buka akaun permulaan di PUBLIC BANK.


Jadi itu sahaja lah pengalaman ayun hari ini ingat sentiasa menjaga jarak dan mengikut SOP serta sentiasa senyum dan berterima kasih kepada mereka yang bertugas walaupun mereka hanya pengawal yang buka kan pintu jeuar masuk untuk kita kerana merekalahmemudahan urusan kita semua.Sesiapa sahaja layak bergelar HERO jika kita saling membantu tidak kira bangsa dan agama.





selepas selesai urusan apa lagi kita menjejalahi bandaraya JOHOR BAHRU kesian ayun tengok kedai BUKU MPH BOOKSTORE tempat ayun bekerja dahulu masa umur 19 tahun pada 2013 dan pun tutup kesemua tempat mengikut SOP yang betul termasuk CITY SQUARE DAN KOMTAR JBCC.















Khamis, 16 April 2020

KATA-KATA PUITIS DARI HATI KEPADA HATI

Jika kau mempunyai tangan yang kuat memegang bara api 

maka kau sememangnya tekun menjelajahi badai yang tidak kau pinta

Jika di tanya pada rembulan  ia bercahaya malam

sedangkan kesaksiaannya sedang di buai mimpi

maka sinar itu memancar agar malam tak pernah sunyi bersama bintang

Jika aku tahu goncangnya bumi sedahsyat tsunami

maka aku akan bangun tanpa lewati seminit pun

Jika kau tidak mengerti kata tersirat dari hati

maka yang di cari bukan tersurat tapi jiwa kau yang telah mati itu














Selasa, 14 April 2020

AISYAH RA ISTERI RASULULLAH SAW















sumber dari video google nyanyian DATO SRI SITI NURHALIZA 

  Fajar di ufuk timur mulai memancarkan sinarnya. Bintang-bintang di langit nampak berkedipan di balik awan.Desiran angin pagi mulai menghembuskan nafasnya dan mulai membelai lembut serta menerpa daun-daun kering.
 Suara azan Subuh mula bergema memecahkan kesunyian pagi dan terdengar nyanyian sekumpulan burung yang berterbangan seolah-olah sedang melantunkam syair keceriaannya dalam menjalani kehidupan baru.Di ibaratkan dunia ini sedang di hiasi kenyamanan  dan kedamaian oleh potret kehidupan seorang wanita yang tumbuh dengan agama,akhlak,pengetahuan,budaya,ketulusan,ketakwaan dan kesucian yang memancarkan kemilauan cahaya ke hadapan setiap pemudi Muslimah yang ingin meraih kerjayaan dalam hidupnya di bawah petunjuk dan jalan yang lurus dari Allah SWT.

 Pengetahuan dan inspirasi itu datang dari seorang wanita yang agung ini adalah seorang Srikandi penebar kedamaian,penuh kasih sayang dan cinta.Bertangan lembut dalam damai dan kepayahan serta sentiasa ikhlas dan cerdas di dalam hatinya yang lembut.Kesemuanya itu, terhimpun penuh di jiwanya seperti di sabdakan oleh Rasulullah SAW , “wanita adalah ‘belahan jiwa’ seorang lelaki”.Wanita yang paling di cintai Rsulullah SAW ini adalah Srikandi,Sang Sutera Hijau dialah AISYAH R.A.

Aisyah R.A juga dapat di lihat keperibadiaannya melalui cara Aisyah berinterasi dengan kata-kata merupakan kekuatan dan kefasihan dalam memilih ungkapan yang sesuai dengan konteks bagi merungkai sesuatu bahasa dan tuturkata sebuah kalimat termasuk memberi idea dan gambaran cukup terserlah di dalam diri Aisyah.Hanya orang-orang yang berbakat luar biasa sahaja mampu mewujudkan kerja berinteraksi seperti itu.Di dalam catatan kecil di mata bangsa Arab syair itu bahasa dan bahasa itu adalah syair.Aisyah menyatakan , “ Ajarkanlah anak-anak kalian syair agar lisan mereka cekap bertutur kata.”.Kehebatan Aisyah tidak hanya di lihat melalui sastera dan budayanya,kehebatan Aisyah dapat di lihat dengan ilmu pengetahuannya secara umum Aisyah adalah orang yang paling berpengetahuan dan paling baik mengemukakan pendapat kata Atha’ bin Abi Rahab.
Aisyah mempunyai pengetahuan yang tinggi dari pelbagai aspek salah satunya banyak hadith dari Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Aisyah sebanyak 2000 hadith,Umar Bin Al-Khattab antara salah seorang generasi sahabat baginda meriwayat hadith Nabi dari Aisyah RA.Selain ilmu pengetahuan yang tinggi Aisyah memiliki segenap kecantikan dan kesempurnaan seorang wanita ia menguasai ilmu sastera Arab balaghah dan bayan.Pintar dan cerdas yang menempatkan Aisyah di sisi Rasulullah SAW yang paling istimewa.Di riwayatkan Rasulullah SAW mendengar Aisyah melantunkan syair Zuhair bin Jurah,

  “ Angkatlah yang lemah pada mu,
Suatu hari tidak membingungkan mu,
Akibat yang di timbulkannya,
Akan engkau raih balasan atau pujian,
Orang yang memuji tindakkan mu,
Seperti membalas (mu).”

Maka Rasulullah SAW bersabda, ertinya, “ Engkau benar,wahai Aisyah!Seseorang tidak bersyukur kepada Allah,jika ia tidak boleh bersyukur kepada manusia”.

Di situ jelas terlihat kepandaian Aisyah di dalam ilmu sastera dan memberi pendapat.Aisyah juga yang mahir di dalam syair menjadikan setiap bait-bait yang di lantunkan sebagai hujah yang bermanfaat.Hati yang bertabur iman dan menyatu dengan Ar-Rahman ini tidak mungkin ada setitik perasaan sombong atau tinggi diri dan Aisyah tidak pernah merasa lebih dari orang lain.Aisyah amat jauh dari sifat-sifat itu.

Aisyah juga di kenali sebagai sifatnya yang rendah diri dan dermawan.Sikap dermawan tidak asing lagi di dalam diri Aisyah.Dari sebuah riwayat ‘seorang miskin datang meminta-minta ke rumah Aisyah ,masa itu Aisyah sedang berpuasa dan hanya memiliki sekeping roti lalu ia menyuruh pembantunya untuk memberikan roti miliknya itu kepada pengemis itu,pembantunya berkata “Wahai Ummul Mukmin bukankah hanya itu yang engkau miliki?,lalu dengan apa engkau akan berbuka?”.Aisyah tetap menyuruh pembantunya memberikan roti itu kepada pengemis itu.’Sikap dermawan Aisyah atau gelaran  Ummul Mukimin itu amatlah perlu di contohi memberi ketika diri sendiri memerlukan kerana ganjaran yang bakal di perolehi biarlah Allah SWT penentunya.Bingkisan dari kisah itu,Aisyah di datangi sebuah keluarga dari Anshar apabila menjelang petang dan mereka menghadiahkan seekor kambing biri-biri yang penuh dengan roti,Aisyah memanggil pembantunya dan berkata, ‘makanlah ini,ia lebih baik dari rotimu .’
 Nilai murni dari pengajaran  kisah  ini boleh di ambil intipatinya bahawa sikap Aisyah atau di gelar sebagai Sang Sutera Hijau ini membuktikan  perlunya ada sikap saling membantu dan sentiasa yakin dengan rezeki yang Allah SWT telah aturkan.Kisah ini memberi impak di dalam kehidupan sekaligus menjadikan sedekah sebagai suatu amalan yang perlu di semai.
 Dermawan dan penyayang itu lah dia Saiditina Aisyah RA sikapnya di jadikan inspirasi bagi setiap wanita yang menjadikan Aisyah sebagai ikon dalam kehidupan.Aisyah pernah di datangi anak saudaranya,Hafsah binti Abdurrahman bin Abu Bakar AS Siddiq, ia memakai tudung tipis yang sehingga menampakan bahagian belakangnya,lalu Aisyah mengambil tudung itu dan menggantikannya dengan tudung yang tebal.Inilah contoh sikap penyayang Aisyah terhadap anak saudaranya.Sikap Aisyah ini amat di kagumi kerana keprihatinannya terhadap keluarga,orang miskin dan sesiapa sahaja, tidak hairanlah Aisyah di gelar Ummul Mukmin dan seorang cendikiawan yang tersohor dan ahli sasterawan yang sangat bijak di dalam perbahasannya,dialah Saiditina Aisyah RA isteri Rasulullah SAW yang paling dekat dengan Baginda dan paling memikat hati. Bukti kehebatan dan kepintaran Saiditina Aisyah ini sangat jelas dan istimewa kerana sifat-sifat beliau hanya di miliki oleh insan yang di pilih Allah SWT.Aisyah juga di kenali sebagai periwayat yang paling bijaksana , Abu Musa al-Asy’ari mengatakan “setiap ada hadis yang menyulitkan kami (sahabat Rasulullah SAW) bertanya kepada Aisyah,pasti kami dapatkan padanya ilmu pengetahuan dari (Rasulullah SAW).”

Az-Zuhri mengatakan, “andaikan seluruh ilmu pengetahuan Aisyah di sandingkan dengan ilmu pengetahuan semua wanita,nescaya ilmu pengetahuan Aisyah jauh lebih unggul.”
Di antara aspek ilmu pengetahuan yang paling di lihat di sisi Aisyah adalah dalam meriwayatkan secara umum dan khusus berkenaan dirinya dan hubungan dengan Rasulullah SAW.Aisyah menghuraikan tentang hukum-hukum syariat,dan mempertegaskan dengan tepat  sebab-sebab turunnya sebahagian  Al –Quran,agar mendekatkan diri  kita tentang hakikat kebenaran erti yang kadang kelihatan samar walaupun sebahagian dari nya adaah sahabat Rasulullah SAW.Justeru itu,Aisyah akan menjadi tempat mereka sebagai rujukan jika terdapat keraguan atau ketidakfahaman di dala sesebuah hadis.Kejujuran adalah sikap utama dalam kehidupan manusia,kerana ia terkait secara langsung dengan erti keadilan sebagai dasar kehidupan manusia.Suatu masyarakat akan mustahil boleh hidup dengan tentram tanpa wujudnya sifat jujur di antara mereka.Mungkin di antara dasar-dasar kejujuran yang terpenting adalah apa yang di maksudkan oleh Rasulullah SAW , “Cintailah saudaramu seperti kamu mencintai diri sendiri.”Keperibadiaan yang mencintai kejujuran dan mengabadikannya dalam kehidupan nyata adalah sebuah akhlak mulia dan jiwa yang besar yang terhormat.Aisyah pernah mengalami pelbagai dugaan dan rona kehidupan termasuk perasaan sedih dan sakit.Hanya dengan menghadapi bersama jiwa yang tenang dan kuat imannya akan mampu melaluinya.Aisyah isteri Rasulullah SAW  insan yang paling mulia dan dia adalah isteri yang paling di cintai Rasulullah SAW sudah tentu merasakan derita yang di alaminya kerana pihak musuh tidak akan membiarkan begitu sahaja untuk memperolehi setiap peluang menyakitinya.Pada diri Aisyah terdapat contoh ideal wanita muslimah dengan kelengkapan ilmu dan ketakwaannya yang tidak di ragukan telah memberikan pengaruh besar di dalam penyebaran dakwah.Mekah al-Mukarramah menjadi saksi babak baru dalam dunia iman dan keyakinan yang di pimpin oleh pemuda yatim menjadi mahkluk Allah SWT yang termulia dan penutup segala nabi dan para rasul.Di sinilah ikatan Aisyah dengan Rasulullah SAW tercipta menjadi bukti kuat yang berhubungan dengan langit.Aisyah yang mewarisi kepandaian ayahandanya Abu Bakar as-Shiddiq membuatkan keperibadiaannya lebih menyerlah dan berilmu di dalam pelbagai aspek tidak terkecuali dalam bidang sastera yakni syair Arab.Aisyah dan syair tak dapat di pisahkan.Ketajaman dan kefasihannya mampu mengasah naluri bakat terpendam dan menghiasi tepian-tepian sungai keindahan.Aisyah menekankan bahawa mengajarkan syair kepada anak-anak merupakan salah satu faktor penting untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam berbahasa.Di sini kelihatan jelas bagaimana pentingnya bahasa di mata Aisyah dan peranannya terhadap bahasa.Keistimewaannya itu terurai melalui hadis-hadis memberikan warna terhadap pemaknaan bahasa sepanjang sejarah bangsa Arab.Hubungan istimewa antara Aisyah RA dengan bahasa Arab membuka cakrawala pemahaman autentik dengan manifestasi teks-teks bahasa Arab dalam wujud ungkapan dan syair,wahyu ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW serta menyertainya dengan struktur bahasa yang benar dan indah.Ia memaparkan gamabaran hidup dari sejarah perjalanan Rasulullah SAW meliputi prinsip-prinsip hidup,perkataan,dan segenap perbuatan beliau dalam keadaan damai mahupun peperangan.Ia juga menguraikan gambaran tentang kehidupannya bersama baginda dan pengalaman-pengalamannya bersama para isteri Rasulullah SAW.Tidak ketinggalan,gambaran pengalaman pahit dalam hidupnya terutama yang berhubungan dengan peristiwa-peristiwa sangat peribadi dalam kehidupannya.Anak saudara ,Urwah bin Zubair RA mengatakan “Aku tidak meliaht seorang pun memiliki kepandaian dalam ilmu fiqih,kedoktoran,dan syair melebihi Aisyah RA.”Ia adalah kesaksiaan yang tinggi atas kepandaian Aisyah dan ketegasannya dalam sifat-sifat istimewa yang di anugerahkan Allah SWT kepadanya.Sifat-sifat itu hanya mungkin di miliki oleh orang yang di pilih Allah SWT melalui deskripsi secarik kain sutera hijau dengan perantaraan wahyu langit yang di sampaikan kepada para nabi.Tampak gambaran seorang wanita mulia,berakhlak luhur,berfikiran cerdas,cerdik dan keperibadian tenang.Dialah isteri kesayangan baginda.Dialah sang ilmuwan dan sastrawan yang fasih,mengjarkan bagaimana berinteraksi dengan bahasa al-Quran,bagaimana memilih ungkapan,rangkaian,contoh dan ilustrasi bijak,cerita dan hikmah yang di ungguli oleh Aisyah.Dalam kitab al- Mustadrak,Hakim meriwayatkan komentar AHnaf bin Qais , “ seumur hidupku,aku selalu mendengarkan khutbah Abu Bakar As-Shiddiq ,Umar bin Khathab,Usman bin Affan,Ali bin Abi Thalib serta khutbah para khalifah.Tidak ada pembicaraan satu mahkluk pun yang lebih mengagumkan di banding Aisyah RA.Tentang aspek ini cukuplah dengan memperhatikan kemampuan kreatif Aisya RA kerana baginya bahasa memiliki hubungan erat dengan al-Quran ia merupakan referensi utama dan tunjak utama terkuat yang menjadikan indah dan semakin indah.Oleh kerana itu, Aisyah RA benar-benar memberikan perhatian besar terhadap perbendaharaan kosa kata yang terkandung dalam Al-Quran.Imam Ahmad meriwayatkan sebuah hadis di dalam Musnadnya dari Yazid bin Babnus ia berkata, “ Aku pergi menemui Aisyah bersama seorang teman.Kami mohon izin bertemu dengannya.Ia memberikan kami sebuah bantal dan menarik tirai.Temanku berkata, ‘Wahai Ummul Mukmin apa pendapatmu mengenai ‘irak’?, ia bertanya “ apa itu ‘irak’?,aku menepuk bahu temanku, lalu ia berkata , ‘mengapa kamu sakiti saudaramu?apa itu ‘irak’ tanya dia sekali lagi. “berhubungan dengan hadis atau menstrusi al mahidh?Ucapkanlah sebagimana firman Allah SWT  yakni al-mahidh?”.Dalam kisah di atas jelas kelihatan bahawa Aisyah mengingatkan kepada yang bertanya mengenai dua perkara,pertama penggunaan kata yang asing dan tidak di kenali umum di kalangan kaum muslimin,yaitu ‘irak’ yang bererti mahidh (berhubungan dengan masalah hadis dan menstruasi).Kedua, penggunaan kata di luar kosa kata Al- Quran yang tidak di perkenankan dan di pandang sebagai penyalahgunaan bahasa yang sama sekali tidak ada dalam khazanah bahasa Arab fushha,yaitu Al-Quran,kerana itu ia mengarahkan agar mengucapkan kata-kata sesuai dengan firman Allah SWT.Tidak di ragukan lagi bahawa kadar kualiti bahasa dan sastera merupakan faktor penting yang menjadikan Aisyah RA memiliki kemampuan untuk mengurai,mengarahkan,dan memahami pelbagai pandangan,hokum-hukum fiqih,dan lain-lainnya bagi sahabat-sahabat Rasulullah SAW .Pandangannya terhadap berbagai persoalan menjadi rujukan para sahabat.AL-Quran adalah sekolah pertama dalam hal akurasi pengungkapan bahasa.Al-Quran lah yang menguatkan perkembangan bahasa Arab,menambah amunisi kekuatan sebagai pegangan,dan mengembuskan kekuatan bagi bangsa Arab pra-Islam di ketika itu.Ahli bahasa di gambarkan mencapai puncak ,piawai dalam dialektika bahasa dan bersilat kata.Mereka di gambarkan sebagai kaum antagonis sebab ungkapan agak keras yang menunjukkan kepiawaian mereka bertutur kata,membolak balik rangkaian kalimat dengan berbagai apologi dan alibi kata untuk menguatkan pendapat.Demikianlah capaian puncak bahasa Arab di zaman Jahiliyyah.

Bahasa adalah harta terpendam yang tidak terhingga nilainya jika manusia boleh mengetahui jalan untuk meraihnya,ia akan piawai mengeksplorasi kata,kreatif memformulasi kalimat,mampu memuaskan dan memberikan pengaruh kepada pendengarannya.Bahasa adalah aset berpontensi.Orang yang bersungguh-sungguh untuk meraihnya akan menemukan jalan kerjayaan dan kemudahan dalam berinteraksi dengan manusia.Pintu menuju daya kreatif terbuka luas dan jambatan untuk menebar pengaruh terhadap orang juga terbentang luas.Buktinya Aisyah RA yang memang layak di jadikan contoh dan taulaan dari segi tuturkata bahasa Arabnya yakni bahasa Al-Quran dan syurga. 
Ia memberi suatu contoh yang baik sekali tidak hairanlah Aisyah di gelar cendikiwan yang terulung sekali sehingga ke hari ini sifat-sifat Aisyah dan cara beliau melaksnakan tanggungjawab sebagai isteri banyak yang boleh kita contohi dengan akhlaknya yang mulia dan ilmu pengetahuannya yang tinggi Aisyah RA merupakan seorang tokoh dan isteri yang bagus kita teladani menjadi ikon bagi terhadap wanita.Bukan itu sahaja ungkapan dari cara Aisyah berinteraksi menjadi informasi yang mengagumkan,mengundang perhatian dan memercikkan api imaginasi di dalam fikiran orang-orang yang mendengarnya,melukiskan secara utuh orang yang berjalan membuat hentakan bumi dari derap langkah kakinya.Inilah antara keperibadiaan Aisyah RA di dalam kehidupannya yang perlu di teladani sebagai seorang wanita Aisyah RA memperlihatkan bahawa kuatnya diri seorang wanita di samping suami tercinta dalam mengahadapi rintangan dan dugaan besar di dalam kehidupan Aisyah membuktikan bahawa kecekalan hati dan kepandaian mampu merubah arus kehidupan tidak hairanlah Islam sangat menitik beratkan soal mempelajari ilmu pengetahuan.Di zaman Aisyah peperangan dan kasih sayang seiring berlaku dalam kehidupannya maka jadikanlah kisah Aisyah RA sebagai panduan hidup kerana akhlaknya yang terpuji dan kebijaksanaanya beliau sangat di sayangi baginda dan Aisyah RA juga sangat petah dalam tutur kata bagi membahaskan sesuatu hujah dan hadis maka tidak hairan lah dia di gelar Ummul Mukmin atau Sang Sutera Hijau sumber inspirasi srikandi ummah.

                                                 BUKU RUJUKAN

Selasa, 14 Januari 2020

TRAVEL BAJET 2020 KLCC

Assalamualaikum semua 2020 dah pun membuka jendelanya tatkala tirai 2019 dah di tutup maka bermula perjalanan barubagi Ayun yang memasuki umur 26 tahun pada tahun ini.Semakin dewasa semakin lah luas pandangan dan pengetahuan yang kita perolehi.

Pada ahad lalu Ayun memulakan perjalanan bersama adik ke Kuala Lumpur last sekali Ayun jejak kaki ke sana pada tahun 1999 dan 2000 haha lama kan itu pun masa umur 5 dan 6 tahun.

Travel bajet kali ini Ayun bawa adik menemani Ayun selalu dengan BFFje kan kali ini dengan adik pula sebaik sahaja subuh pergi kami berangkat menaiki bus muafakat dari rumah ke Terminal Larkin Sentral tepat jam 7 pagi setelah itu kami sarapan dan menaiki bus KKKL ke TBS tepat jam 8 pagi
perjalanan yangmengambil masa 4 jam lebih ini sangat mengujakan yelah nak jumpa TTM yang tak pernah jumpa dan nak berjumpa dengan sepupu yang lama tak tahu khabar berita excitednya lain macam hihi...

Setelah perjalanan selesai sesampai kami di TBS kami order grab gara-gara tak reti naik komunter atau LRT HAHA nampak tak kampung nya ,jadi kami menaiki lah GRAB ke KLCC lebih kurang RM 17.00 setelah sampai ke SURIA KLCC apa lagi kami makan dahulu selepas itu ke PETRONASAINS memasuki jam 3 petang sehingga 5 petang berada dalam itu hampir 2 jam sangat menyeronokkan hihi macam-macam ada.











NamunKLCC ini akan jadi lebih indah bila waktu malam kami tunggu sehingga malam menjelma waktu itu lah kemucak KLCC kelihatan begitu gah dan cantik.Suasana yang ramai dengan para pelancong termasuk kami merasakan bangga kerana mercu yang di segani di Malaysia dapat di tatapkan oleh ribuan mata dunia.Thanks Tun Mahathir you're the best hihi...







Selepas berjalan kat KLCC Ayun pergi ke Taman TITIWANGSA tempat Erra dan Yusry buat majlis kahwin dahulu hihi minat punya pasal walaupun dah nak tutp pergi juga walaupun bergambar dalam keadaan gelap...






Cuma Ayun terkilan tak dapat nak menziarahi kubur arwah Pramlee dekat Jalan Ampang yelah travel pun dalam masa dua hari kan.



ini pulak gambar di waktu siang walaupun agak panas terik redah tetap redah taw inilah semangat #kakitravel







Hari kedua pula selepas melawat sepupu di Taman Wahyu kami dari sana menaiki kereta ke Sogo selepas jejalan di Sogo dan makan,kami ke Cetral Market.Punyalah banyak barangan yang boleh di jadi kan buah tangan kami betul2 rambang mata haha...tak tahu nak beli apa dan harga pun semua berpatutan.Ada yang mahal ada yang murah tapi kena pandai tawar menawarlah,maklumlah tempat perlancong dan barangan kraftangan harga boleh tahan.











Setelah itu kami pulang ke JB menaiki bus Transional di TBS dan kami pulang dengan perasaan yang bahagia sebab lepas lah hajat kami nak ke KLCC 2020 ni.



Inshallah ada rezeki kami meh lagi #kakitravel #ilhamkupuisiku


KLCC 2020

Di kota sesak ada sesuatu yang menanti,
Kehadiran terpendam lama sekali,
Cahaya malamnya membawa ku terbang sejuah mungkin,
Ada sebuah janji dan hajat perlu di kabulkan


Syukur impian terlaksana hanya bekalan harapan yang memuncak,
Kembali pula dengan buah tangan memori,
Indah terpancar di wajah ku,
Sehingga ingin di abadikan dalam kota ku ini betapa kagumnya kota itu,


Tinggi mu memancar menjadi sang raja,
Gagah mu bagaikan permata,
Membawa ribuan impian orang desa pada mu,
Ada yang berjaya dan yang hampa namun kau tetapi menjadi ilham buat semua....





SUPPLEMENT YANG BAIK UNTUK TUBUH BADAN


 Hai Assalamualaikum semua hari ni Ayun nak kongsi serba sedikit pengetahuan tentang supplement yang baik untuk tubuh badan kita tanpa campuran kandungan dadah.Senang cerita lah kan kandungan yang terdapat dalam supplement ini mengandungi tumbuhan dan bijirin.

BIO SPEKTRA MANNA PLUS 
·       Melaraskan imbangan biokimia dan fisiologi tubuh.
·       Meningkatkan mutu serta kiraan sel darah merah.
·       Melancarkan pengaliran darah dan membantu dalam memulihkan penglihatan.
·       Mengoptimakan imuniti badan serta meningkatkan daya tahan badan (memperkasakan kesihatan).
·       Melaraskan kadar kandungan dan perjalanan lemak dalam darah (lipo-protein), metabolisme karbohidrat dan metabolisme protin.
·       Rawatan tambahan untuk penjagaan fungsi dan kesihatan buah pinggang.
·       Mengurangkan asid urik dan asid-asid lain yang menyebabkan batu karang dalam hempedu dan buah pinggang.
·       Memulihkan keadaan kurang darah (anemia) dalam badan disebabkan kekurangan zat besi.
·       Anti-kuman mencegah demam selsema, demam denggi dan jangkitan virus dibawa oleh darah.
   -       Rawatan tambahan untuk demam daripada jangkitan virus dan bakteria.

BIO SPEKTRA MAS AKI
·      Menambahkan tenaga dan kekuatan badan.
·      Melancarkan perjalanan darah dan memulihkan kekuatan otot-otot.
·      Memperbaiki dan meningkatkan metabolisme makanan yang diserap.
·      Meningkatkan dan melaraskan metabolisme lemak (lipo-protein), karbohidrat (glukos) dan protin (asid amino) dalam badan.






BIO SPEKTRA RAPI
·      Untuk kesihatan, tenaga dan kecantikan wanita. Meningkatkan dan melaraskan hormon estrogen dalam badan wanita ke tahap optima.
·      Mententeramkan tekanan perasaan.
·      Mengurangkan sindrom sebelum dan selepas putus haid. Mengurangkan sakit kedatangan haid.
·      Menegangkan payudara dan merangsangkan pengeluaran susu ibu.
·      Membantu mencegah kulit daripada menjadi kering, hitam, tua dan kendur selepas putus haid.
·      Membantu mencegah kekeringan faraj wanita dan kehilangan kehendak seksual.

 

MAS AYU SIMPAAL
·      Produk berasaskan makanan yang mengandungi mikro-nutrisi (zat-zat) yang berkeaktifan tinggi dibuat daripada rempah-ratus, kekacang dan bijirin dicampur susu awal lembu (kolostrum) untuk meningkatkan antibodi (sel darah putih) dalam badan dan memperkukuhkan sistem imuniti (daya tahan) badan.
·      Membantu mempertahankan badan daripada jangkitan kuman dan penyakit.
.       Membantu menyerang infeksi dan mencegah jangkitan.
·      Membaikpulih, memulihara dan memelihara sel-sel badan dan meningkatkan kesihatan badan.

BIO SPEKTRA SEMALU
·      Untuk penjagaan kebersihan dan kesihatan serta mencegah jangkitan di saluran kencing dan faraj.
·      Memperkuatkan alat kelamin wanita.
-   Anti-kuman (anti-virus / anti-bakteria) semulajadi.
·      Membantu dalam pemulihan dan penyembuhan masalah saluran kencing dan faraj.
·      Rawatan tambahan untuk jerawat, demam disebabkan oleh kuman, dan batu karang dalam hempedu dan buah pinggang.


BIO SPEKTRA SRINITI
·      Mengurangkan tekanan fizikal, mental dan stres.
·      Melaraskan tekanan darah. Membantu dalam mengurangkan tekanan darah tinggi.
·      Mengurangkan sakit kepala (migraine) disebabkan oleh tekanan dan dapat membantu dalam mendorong tidur (mencegah insomnia).
·      Membantu dalam mengurangkan stres, tekanan perasaan, panas baran dan kemarahan.
·      Membantu mengurangkan keadaan hiperaktif dan memperbaiki komunikasi interpersonal (dua-hala).


BIO SPEKTRA QASEH
·      Produk berasaskan makanan yang mengandungi mikro-nutrisi yang berkeaktifan tinggi untuk memperkukuhkan kekuatan tenaga batin untuk lelaki dan wanita.
·      Memulihkan fungsi dan kesihatan urat-saraf dan melancarkan pengaliran ‘impuls’ dalam badan.
·      Membantu dalam pemulihan saluran darah dan pengaliran darah dalam badan.
·      Menambahkan tenaga dan kekuatan badan dalam meningkatkan mutu perhubungan seks.

BIO SPEKTRA ANGIN
·      Memulihkan penghadaman dan meningkatkan penyerapan nutrisi dari perut dan usus.
·      Mengurangkan kembung perut dan melawaskan pembuangan air besar.
·      Melaraskan kadar kandungan dan perjalanan lemak dalam darah (lipo-protein).
·  Membantu dalam  mengurangkan dan melaraskan kadar kolesterol dalam darah.
·   Membantu memulihkan dan mencegah gastrik serta simptom-simptom masalah perut.






MAS AYU MAS KAL
·      Mencerdaskan otak dan meningkatkan ingatan (memori), pemikiran, dan tumpuan mental (fokus).
·      Memperbaiki dan memulihkan fungsi otak. Membantu dalam penjagaan dan pemulihan kesihatan pesakit strok.
·      Membantu dalam memulihkan fungsi urat-saraf dan pengaliran ‘impuls’. Membantu dalam pemulihan mata dan penglihatan.
·      Digunakan sebagai suplemen tambahan dalam penjagaan kesihatan pesakit penyakit Parkinson dan Alzheimer.

MAS AYU NAFAS
·      Melancarkan dan memulihkan pernafasan dan meningkatkan bekalan oksigen ke seluruh badan.
·      Memulihkan fungsi dan kesihatan paru-paru serta menguatkan otot-otot sistem pernafasan.
·      Mengurangkan rembesan cairan mukus dalam saluran pernafasan.
·      Meningkatkan tenaga dan kekuatan dengan melancarkan kemasukan bekalan oksigen ke dalam paru-paru.
MAS AYU SEMA
·      Mengurangkan hiper-sensitiviti kulit dan membran mukus (hingus hidung / resdung).
·      Mengurangkan hidung tersumbat dan bersin.
·      Mengurangkan dan mencegah jerawat yang disebabkan oleh kulit yang sensitif. Membantu menghaluskan kulit dan paras rupa.
MAS AYU INJI PLUS
·      Produk berasaskan makanan yang mengandungi mikro-nutrisi (zat-zat) yang berkeaktifan tinggi untuk membantu mengurangkan sakit sendi-tulang dan ‘inflamasi’ (kebengkakan).
·      Membantu mengurangkan angin / kembung perut serta membantu penghadaman





MAS AYU GINKGO PLUS
·      Memulihkan dan melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan.
·      Memulihkan fungsi otak dan ingatan (memori).
·      Membantu dalam memulihkan dan melancarkan pengaliran ‘impuls’ saraf.
·      Membantu meningkatkan tenaga dan kekuatan alat kelamin lelaki.
·   Membantu mengurangkan buasir
MAS AYU PAHIT
·      Memulihkan dan melaraskan kadar metabolisme makanan, karbohidrat dan gula dalam darah. Membantu dalam mengawal kadar kandungan gula (glukos) dalam darah dan mencegah penyakit kencing manis.
·      Memulihkan dan meningkatkan kadar penyerapan zat-zat (bahan bakar) untuk tenaga kepada sel-sel badan.
·      Mencegah daripada lemah tenaga batin, lemah otot, lemah urat-saraf serta mata kabur (yang disebabkan oleh penyakit kencing manis).
·      Memulihkan tenaga, daya dan kekuatan badan.
·      Membantu melancarkan pengaliran darah.

MAS AYU NIMBA
·      Produk ini mengandungi campuran serbuk daun semambu (neem) dengan rempah-ratus untuk menghindari dan mencegah jangkitan kuman (virus dan bakteria).
·      Berfungsi sebagai anti-virus / anti-bakteria semulajadi yang dapat membantu dalam pemulihan dan pencegahan jangkitan dan penyakit kulit.
·  Membantu dalam meningkatkan imuniti badan
MAS AYU DADIH
·      Produk berasaskan makanan ini mengandungi campuran serbuk dadih dengan rempah-ratus, kekacang dan bijirin untuk memperkukuhkan kekuatan dan kesihatan sistem penghadaman dan pergerakan usus (bowel movement).
·      Membantu dalam melaraskan metabolisme lemak dan mengawal masalah cirit-birit.







Memberi rasa kenyang dengan lebih sedikit kalori.
Tambahan dengan mineral (kalsium, magnesium, kalium, zink dan kromium)

Memperkukuh limpa dan fungsi pernafasan. Kurangkan pengekalan air.Menggalakkan kesihatan tulang.



Cegah sembelit kerana serat pemakanannya.Mencegah pembentukan sel lipid, mencegah obesiti.


Menggunakan daun Stevia sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk pesakit diabetes.Vegetarian


Diabetes (Penderita dari tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi)


Perempuan mengandung.dan semua rakan-rakan yang sedar kesihatan.


Bijirin dalam pemakanan boleh membantu bayi membesar dengan sihat, membantu membuang air besar.Susu skim dan kalsium untuk membantu pertumbuhan tulang.


Protein, vitamin dan mineral dapat membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh, perkembangan otak dan fizikal


Bijiran menyediakan tenaga, membantu meningkatkan keupayaan pembelajaran.


Menambah mineral membantu fungsi badan secara normal.


Meningkatkan perhatian, ingatan dan kewaspadaan pelajar.


Susu skim dan kalsium untuk membantu pertumbuhan tulang.


Serat pemakanan yang tidak larut air dapat membantu meningkatkan sembelit.


Bijiran menyediakan tenaga, membantu meningkatkan kecekapan kerja.


Bijirin merah kaya dengan zat besi dan asid folik boleh meningkatkan pengeluaran sel darah merah.


Susu skim dan kalsium untuk mengekalkan kesihatan tulang.


Bijirin dalam kekacang dan biji-bijian dapat membantu toksin pembuangan badan, yang memainkan peranan detoksifikasi kecantikan.


Bijirin boleh membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan menyediakan tenaga.


Serat larut oat membantu menurunkan kolesterol.


Stevia membantu mengekalkan gula dalam darah.


Serat pemakanan yang tidak larut air dapat membantu meningkatkan sembelit.


Susu skim dan kalsium untuk kesihatan tulang.


Serat makanan semula jadi boleh menggalakkan fungsi usus.



Jadi supplement yang betul mampu membaiki sistem dalam tubuh badan kita dengan baik,
Saranan Ayun betulkan yang biasa agar jadi luar biasa walau apa-apa pun sila mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu ye terutama yang ada masalah sakit kronik huhu,Ayun bukan jual ubat tapi hanya berkongsi apa yang Ayun tahu dan manfaatkan kerja Ayun untuk kesejahteraan bersama.Jika ada yang masih kuramg jelas boleh melawati laman web yang berkaitan ye...Ayun hanya kongsi sedikit sahaja ilmu yang Ayun tahu...okay bye...Selamat Mencuba...ingat kesihatan yang baik adalah bermulanya dari pemakanan yang sihat.

Khamis, 2 Januari 2020

SUATU PEMANDANGAN YANG INDAH

      Kehidupan adalah suatu yang amat bermakna bagi setiap insan di dunia ini.

Ketenangan jiwa adalah nikmat yang selalu insan mencari namunmasih ramai yang tidak merasai

nikmat itu ada yang sanggup buang duit pergi tempat-tempat yang jauh dari tempat asal di mencari

ketenangan namun akhir terbelit dengan hutang di hujung jari.

Kita sebagai manusia perlu tahu apa itu nikmat syukur dan sihat kadang urusan di dunia membuatkan

kita tertekan mahu percutian yang mewah sehingga menyebabkan hutang dan ini menjadikan

masalah bertambah.

Bagi ayun percutian adalah rehat dari segala tekanan kita gantung segala masalah yang di hadapi

setelah selangkah melangkah masuk ke dalam kapal terbang semua masalah perlu di gantung

di pintu masuk kapal terbang.Salah satu nya urusan kerja di atas talian cukup ayun hanya membawa

buku puisi ayundan camera untuk mengambil gambar dan video,manakala smartphone ayun hanya

gunakan untuk menelefon keluarga jika sudah selamat ke destinasi.

Percutian pertama ayun yang menaiki kapal terbang tambang murah adalah AIR ASIA ,ayun dan

sahabat baik ayun booking lebih awal pada promosi air asia 11.11.Kami pilih Langkawi sebagai

percutian kami selama 5 hari 4 malam tambahan pula ayun pergi ke sana sempena hari lahir ayun

yang ke 25 tahun on 25 Feb.


 Pengalaman yang ayun tak kan lupakan  ayun pergi pada hari lahir dan dapat  jejakkan

kaki ke Negeri Mahsuri tempat sejarah Mahsuri yang pernah menjadi mangsa fitnah

akhirnya di di bunuhdan darahyang mengalir dari tubuhnya adalah darah berwarna putih

sumpahnya telah berlalu selama 7 keturunan sekarang Langkawi terkenal sebagai tempat

perlancongan di mata dunia.

Berada di atas awangan beribu-ribu kaki dari lantai bumi adalah pengalaman yang sangat







3 SERIES HERE

 Holla, pejam celik pejam dan celik2 hehe aku sudah pun memasuki usia tiga puluh tahun dan ini merupakan bulan terakhir pada tahun ini entah...