Khamis, 5 Disember 2024

3 SERIES HERE

 Holla, pejam celik pejam dan celik2 hehe aku sudah pun memasuki usia tiga puluh tahun dan ini merupakan bulan terakhir pada tahun ini entah lah semakin kita berusia semakin kita memikirkan tujuan hidup kita,apa yang kita nak capai ,apa yang kita perlu capai dan apa lagi kemahuan kita yang mahu kita kejar....


Bila aku sedar hidup ini sebuh perjalanan yang kau tempuhi untuk kau kumpul segala manfaat kepada tujuan asal kau di hidupkan maka di situ lah perjalanan kau yang sebenarnya....dulu aku cemburu melihat teman-teman aku belajar tapi aku hanya bekerja siang dan malam untuk seribu ringgit sehingga aku bergelar pelajar dan mengenggam ijazah sehingga saat ini aku hanya merasa kenangan itu sebentar dan aku kembali pada kehidupan asal bukan tidak bersyukur tapi "kesemua yang kita lihat indah hanyalah kerana kita belum miliki" sesudah kita miliki ianya hanya sekadar kenangan yang terindah. 

Aneh kan hidup ini lalu sekrang aku hanya mahu memiliki sebuah pernikahan yang bahagia milki seorang suami dan aku mahu merasai menjadi ibu kepada anak yang aku lahirkan nanti serta impian aku kni mahu menunuaikan ibadah umrah dan haji ketahui itu semua impian seseorang dan aku harap aku tidak mahu sesudah aku milki aku hanya rasa memilki tapi tidak merasai nikmat....merasai cinta tidak berbalas itu perit,merasai perkahwinan yang hampir siap namun akhirnya putus di tengah jalan juga perit malah aku juga sudah merasai cinta dengan lelaki yang aku setia menanti dan berkasih sayang selama sedekad juga temui jalan akhir di mana kami  berdua akur tiada jodoh kerna keluarga nya tidak suka orang Johor.Pelik kan tapi benar.


dan aku puuskan mencari jalan aku sendiri hingga aku terpandang seseorang walaupun tidak pernah bertemu bahkan dia juga tidak tahu kewujudan aku tapi hati aku terpaut pada dia...walaupun ia aku anggap sekadar khayalan.So,aku telah titipkan sebuah lagu puisi untuk nya ciptaan untuk kisah cinta ku kepada dia dia dan dia..hehe


BERDAMAI DENGAN TAKDIR


Berdamai Dengan Takdir · ROMANSA · The Syndicate Projek Lagu dan Puisi Edisi ke3 Bahagian Pertama ℗ ROMANSA MUSIC Released on: 2024-12-01 Producer: ROMANSA Lyricist, Composer: Ayun Suhaila Composer: Tya Amida







Rabu, 4 September 2024

Naskah yang Unggul

 

sumber Google

    Filem adalah sebuah layar yang mampu menetap dalam fikiran seseorang untuk suatu tempoh yang lama di tambah lagi dengan kisah yang di bentuk terpahat dalam hati penonton apatah lagi jika ianya bermain dengan emosi dan perasaan.Industri filem negara ini sudah pun memberikan suatu sejarah yang baharu apabila filem arahan anak muda tempatan yakni filem Mat Kilau arahan sutradara Syamsul Yusof berjaya mencatat sejarahnya yang tersendiri. Jika di lihat 10 tahun lepas negara kita kekurangan filem-filem sejarah dan agak sepi kerana di belenggu oleh fenomena filem hantu komedi di mana filem-filem yang di lihat tidak mampu menghasilkan karya yang baik dan bagus ianya lebih kepada hiburan semata-mata.Namun kini,di arus kemajuan negara penonton juga sudah pandai menilai dan memilih karya yang memukau hati untuk menonton.Jika di bandingkan filem kita dengan negara luar masih lagi jauh untuk di katakan setanding filem hebat bertaraf antarabangsa namun apabila di bandingkan filem kita dengan negara jiran yakni Indonesia maka boleh di huraikan filem mereka jauh lebih baik dari karya tempatan.

 

sumber Google

   Kekangan yang sering menjadi tunjak utama dalam sesebuah pembikinan filem atau karya terbaik adalah 'masalah  bajet' yang kurang membantu terutama dari pihak tertentu misalnya tidak setuju memberikan kerjasama atas dasar karya yang di bentangkan kurang memuaskan.Namun, arus pembikinan filem atau drama adaptasi novel memberangsangkan dan secara langsung mengangkat nama penulis-penulis novel yang ada di kenali dan ada juga tidak di ketahui latar belakangnya.

  Salah satunya penulis yang hebat serta tidak asing lagi namanya dalam dunia novel yang bertemakan kisah cinta  iaitu Siti Rosmiza yang berjaya menjadikan novelnya di angkat menjadi drama rantaian terbaik, salah satunya “7 Hari Mencintaiku”.Atas dasar sambutan yang memuaskan hati penonton,pihak penerbitan serta pihak stesen televisyen tempatan, maka ramai anak  muda mencuba nasib dalam bidang penulisan.Situasi ini bukanlah suatu yang negatif malah sangat baik bagi generasi akan datang dengan membudayakan hobi membaca dan menulis serta memberi peluang seseorang menjadikan suatu kerjaya.Namun impak terbesar yang kian mencabar dan mudah tercalar akan berlaku dalam industri seni kreatif terutama kerjaya pengkarya seni apabila lambakkan karya-karya filem mahupun drama terhasil dari adaptasi novel sekaligus memberikan kesan kepada ketandusan idea terutama bagi mereka bergelar penulis skrip namun begitu mereka harus akur dengan permintaan pihak penerbitan dan ini menyebabkan penghasilan filem atau drama kita masih lagi tidak setanding negara Asia yang lain kerana masih mengekalkan jalan cerita yang hampir sama.Karya filem tempatan masa kini dari segi penghasilan jalan cerita masih lagi tidak mencapai tahap kepuasan maximum kerana negara kita masih mengangkat kisah cinta sebagai fokus utama dalam membuat sebuah cerita.

 Setelah beberapa tahun dapat di lihat filem hasil karya anak tempatan mencatat sejarah apabila mula bangkit dengan mengangkat cerita-cerita berkaitan aksi,sejarah dan kisah anggota-anggota tentera seperti di dalam filem  Air Force ,Misi Malbat,Paskal ,dan Polis Evo. Filem-filem ini mampu memukau jiwa penonton terutama generasi Z akan mudah rasa minat serta memandang tinggi kerjaya angkatan unit beruniform terutama mereka yang mahu berbakti kepada negara.Filem-filem seperti ini juga mampu melahirkan keberanian dan membentuk semangat yang tinggi nilainya dalam jati diri anak muda kerana “sesebuah negara akan terus kehadapan dengan bakti anak muda, jika hancurnya akhlak dan moral anak muda , maka negara akan musnah sebelum membangun”,ini suatu perubahan yang sangat positif.

  Berbalik dengan penghasilan karya yang bermutu, jika di lihat negara jiran terus  bangkit dengan kisah berkaitan cinta juga, namun mereka lebih kehadapan dari segi mengangkat karya bertemakan kisah cinta Islamik.Salah satu filem yang memukau para penonton dan begitu memberikan kesan positif serta membuatkan perasaan ini lebih ingin mengenali negara-negara Islam yang lahir di benua Eropah dan peradapan sebelum Islam berkembang dengan pesat ialah filem “99 Cahaya Di Langit Eropah”. Filem ini adalah sebuah filem genre Islam yang di ilhamkan dari kisah benar pasangan yang merantau dari Indonesia ke benua Eropah.

  Di dalam perjalanan mereka di hiasi pelbagai kisah suka dan duka,situasi menjadi muslim di negara yang majoritihya bukan Islam, cabaran sebagai pelajar yang sudah berkahwin serta perjalanan sebelum dan selepas berhijab yang di ilhamkan oleh penulis buku ini sendiri akan kisah hidupnya bersama suami di luar negara iaitu Hanum Salsalbilah dan Rangga.Kisah mereka di angkat menjadi filem yang begitu mendalam maknanya apabila di selitkan perjalanan mereka menemui sejarah-sejarah penemuan kewujudan Islam di Eropah, selain dari sinematografik yang menarik,scene tempat mereka yang tidak sahaja bercerita akan sejarah Islam juga di huraikan setiap bangunan yang menarik.Misalnya,penemuan bangunan yang paling indah di bangunkan dalam Islam yakni Ka’abah dengan melalui jalan yang lurus ke arah timur dari Paris ke Kota Mekah.Bahkan apabila mendengar kota Paris sering kita bayangi kota yang menarik dan romantik kerana Effiel Towernya namun di dalam filem ini mengisahkan siapa dan kenapa monumen-monumen ini di bangunkan dan di situlah lahirnya Islam ,secara tidak langsung jalan cerita yang di paparkan menjadikan daya tarikan kita sebagai penonton berasa teruja dengan keindahan seni bina Islam di  benua Eropah.

  Naskah sebegini adalah sebuah karya yang sangat menyentuh diri dengan nilai-nilai Islam.Di dalam sebuah filem ada kisah cinta, persahabatan,konflik,sejarah yang di sembunyikan dan semangat seseorang ketika bermusafir.Berbalik dengan filem kita masih jauh ketinggalan,karya kita masih mengangkat kisah cinta dan kekeluargaan sebagai fokus utama sedangkan di negara jiran sudah mampu menghasilkan karya-karya yang mengangkat martabat Islam dan peradapan manusia di serata dunia.


  

sumber Google

   Secara ringkasnya, filem adalah wayang yang boleh menyimpan seribu satu kenangan oleh pelbagai generasi.Dahulunya filem menjadi identiti sebagai hiburan semata-mata namun, kini filem adalah sebuah gambaran idea kreatif seseorang dan bakat serta juga boleh di jadikan suatu kebangaan negara selain memukau hati penonton sehingga di persada dunia.Andai filem kita mampu menghasilkan karya yang tepat tidak mustahil Malaysia akan di kenali sebagai penghasilan filem terbaik setanding filem-filem di Hollywood.

   Kata seorang penghibur yang terkenal suatu ketika dahulu, “Wayang adalah hidup,Hidup adalah wayang, skrip telah pun tertulis dan direkturnya hanya satu iaitu yang di atas”.Maka pendekatan yang  kita boleh laksanakan ialah bersatu membantu  memartabatkan industri perfileman negara dengan menyokong karya-karya tempatan serta memberikan kritikan-kritikan yang membina.

sumber Google


Isnin, 18 Disember 2023

KOTA TEH DAN STRAWBERI

Assalamualaikum hai korang,

 

Aroma teh dan kemerahan buah strawberi adalah suatu kemestian setiap kali bercuti di sini.Tempat yang dingin,sayu,dan penuh dengan memori pasti akan mengikat hati sesiapa sahaja yang berkunjung.Ini adalah destinasi yang wajib untuk setiap dari rakyat Malaysia akan menjadikan kota ini sebagai pilihan untuk bercuti walaupun sekali seumur hidup.

  Cameron Highlands kota idaman bagi yang sukakan cuaca yang dingin ,berkabus dan indah. Umum mengetahui Malaysia mempunyai iklim panas dan lembab sepanjang tahun namun kota cinta ini yang terletak dalam negeri Pahang akan menyebabkan setiap dari pengunjungnya menyimpan seribu satu kenangan untuk di bekalkan sebagai perjalanan yang wajib di jejaki walaupun laluannya merupakan suatu cabaran bagi pemandu namun ianya tidak mematahkan semangat untuk menaiki tanah tinggi ini.Suasananya yang begitu indah tatkala di waktu pagi dapat di rasai sendiri dengan desiran angin yang kuat serta berkabus tebal dan awan yang sentiasa kelihatan memukau tidak perlu melancong jauh ke luar negara kerana di tanah tinggi ini dapat kenikmatan yang sangat alami.

Jauh dari kota yang sibuk dengan kesesakan dan kesibukan kerja kota ini boleh di katakan harapan pada minda yang keletihan.Kenikmatan yang perlu di rasai apabila secangkir teh yang di sertakan sekali dengan kelembutan scone begitu alami rasanya dengan di kelilingi ladang strawberi yang mencantikkan lagi suasana serta menambahkan lagi rasa kepuasan yang tidak terungkap.

“Fa,bangun dah sampai tempat impian kau ni kali kedua dengan aku,” kejut sahabat aku Atikah ketika aku di buai mimpi indah dalam keretanya terdahulu aku pernah ke kota ini tetapi bersama rombingan Cik Kiah jadi musafir kali ini berbeza kerana pergi dengan teman baik aku dan juga teman-teman baru. Perjalanan dari Johor Bahru ke Kota ini bukanlah mudah cabarannya apatah lagi memandu di waktu malam rezeki kami suami kepada kawan kami ini yang sudi menjadi pemandu.Kami berempat memulakan perjalanan waktu malam supaya boleh sampai di awal pagi dan perancangan kami menjadi apabila memilih bercuti pada hari biasa dan selepas cuti umum Deepavali supaya kami tidaklah tersangkut dengan perjalanan yang memenatkan. 

Sebaik sahaja tiba kami bermula dengan sarapan pagi di KHM memilih scone sebagai sarapan pagi ianya membuka selera kami yang pertama di sini. Alhamdulillah, ketika kami sampai jalan masih sepi dan tidak perlu beratur itu pentingnya bercuti di luar musim cuti sekolah.


 

KHM

 

Sebelum check in, kami sempat ke Cactus Point ada bermacam –macam jenis pokok cactus aku sempat beli pokok cili harga tak mahal cuma RM12.00 untuk satu pokok maka penuhlah kereta kami dengan tumbuhan. Setelah itu,kami check in ke hotel penginapan kami di Nova Highlands Hotel nasib kami tak dapat tingkat 7 hehe biasalah kisah seram yang viral di aplikasi Tik Tok tapi kami tidak endahkan hanya tawakal sahaja.

Kami juga sempat singgah di Agro Farm tempat baharu yang banyak jualan bunga-bunga dan sesuai untuk OOTD dengan bayaran masuk RM25.00 untuk dewasa.

                            

HASIL DARI CACTUS                         AGRO FARM

  Makan malam kami tak lengkap tanpa steamboat dan grill kami pilih untuk makan sebagai penutup di Steamboat Rainbow Garden  bayarannya puas hati serta banyak pilihan yang sehingga tak tahu nak pilih yang mana kami makan 3 kali  tau hehe, selepas kekenyangan kami bertolak ke pusat membeli belah  baru yang sudah beroperasi yakni Centrum Mall ada banyak kedai-kedai menarik yang paling aku teruja dapat menikmati Pani Puri yang sedap.


Steamboat Rainbow Garden       Pani Puri              Centrum Mall

Hari kedua adalah kenangan yang tidak dapat di lupakan di mana aku terasa Puteri di buai tinggi hanyunannya tatkala menanti Sang Putera ( berangan sekejap) di Cameron Tea Valley setelah kami bersarapan di Abang Strawberi nasi lemaknya warna merah jambu sangat teruja apabila dapat makan di situ. Kami juga sempat singgah di Agro Farm tempat baharu yang banyak jualan bunga-bunga dan sesuai untuk OOTD dengan bayaran masuk RM25.00 untuk dewasa.

  

                         NASI LEMAK ABANG STRAWBERRY

  Di kenali sebagai Bharat Tea 2 aku memilih lokasi ini kerana mahukan buaian di atas ladang teh itu.Perjalanan untuk naik ke atas perlu menaiki Landrover 4x4 yang perlu di bayar seorang RM 20.00 sahaja dan perlu ambil masa dalam beberapa minit sahaja untuk naik ke atas itu memang tak boleh ‘rileks’ naiki atas bukit itu Abang yang bawa ini gegar rasanya perlu kuat pegang besi kalau tak boleh terbang nasib kami ini sihat-sihat belaka boleh imbangkan badan.Manakala, bayaran untuk ambil gambar dan naik buaian itu RM 10.00, ada jurugambar yang merakam aksi kita atas buaian itu.Setelah selesai bayaran untuk gambar yang telah di ambil dalam 10 keping berjumlah RM 20.00 namun untuk menaiki buaian itu tidak boleh melebihi 100kg nasib aku 90kg sahaja,walaupun pada awalnya Abang yang jaga situ tak percaya tapi aku yakinkan juga,’’ Yelah perempuan mana suka tipu pasal berat badan ini sebab kami kaum hawa suka makan jadi tak boleh sembunyikan fakta itu kecuali umur je kami wajib “cover” maklumlah kami kaum hawa ini kanak-kanak yang tak pernah dewasa hehe.’’ Setelah habis sesi menaiki buaian yang aku seorang sahaja dapat naik kerana cuaca kelihatan menendung jadi,kami turun dengan segera dan di berikan tiket masuk percuma ke mini zoo dapatlah kami jumpa sedara dalam itu.

   


  Teh adalah suatu kemestian setiap kali ke Cameron Highlands ini di Cameron Valley Tea Plantation ini di sediakan pelbagai jualan teh dan perisa serta botol minuman, aku turut tidak melepaskan peluang membeli beberapa kotak teh untuk di jadikan ole-ole apabila pulang nanti dan rezeki kami ketika hadir di kedai itu ada promosi jualan teh hampir RM100.00 aku habiskan di situ peluang tak datang banyak kalikan jadi kenalah rebut peluang yang ada.              

SELEPAS TURUN BUKIT(OOTD DULU)     DALAM MINI ZOO

   Di malam hari pula tak lengkap rasanya kalau tidak singgah di pasar malam Brinchang di mana ada pelbagai juadah makanan dan minum di sediakan ada kambing bakar,jagung cheese,nasi goreng ,dan sup kambing.Pasar malam ini agak panjang dan mempuyai 2 bahagian suatu untuk jualan makanan dan satu lagi untuk jualan pakaian.Apa lagi kami ‘tapau’ untuk makan malam di hotel,.

 

   Hari ketiga yakni hari terakhir untuk kami bersiap-siap meninggalkan seribu satu kenangan di sini, kami memulakan sarapan di Warung Ikat Tepi terletak bawah sedikit dari KHM harga yang berpatutan dan sangat berbaloi menunya begitu tertarik tidak melepaskan peluang aku order set roti bakar keju dan telur separuh masak di hidangkan sekali dengan asam pedas meatball.

 

                                           WARUNG IKAT TEPI

 

Selepas kami kekeyangan kami menuju ke KEA Farm di mana tempat paling seronok untuk borong baju dan strawberi serta sayur-sayurannya yang segar dan murah mana nak dapat ye di JB, 7 paket sayur RM 10.00 siap dapat 1 paket sayur percuma dan tak lupa jugak membeli jagung yang di jual oleh seorang Uncle Cina sangat manis dan murah Uncle ini  viral ye di Tik-Tok.

Setelah itu, kami berangkat pulang dengan memori yang tercipta di sini.Kami bertolak jam 12 tengahari sampai di JB pada 11 malam kerana cuaca hujan tak mengizinkan kami untuk pulang cepat.Entah bila lagi rezeki kami ke sini lagi,insyallah jika sampai rezeki untuk ke sini lagi mudahan kami membawa lebih banyak kenangan yang manis semanis buah strawberi yang di tanam di kota ini.

 

   Akhir kata, aku meninggalkan sebuah nukilan puisi yang aku ilhamkan sewaktu berada di sini ,tiada siapa yang mengerti perasaan aku yang sering di himpit pelbagai musibah, dapat aku redupkan hati dan jiwa yang gundah ini dengan kenikmatan di balkoni sambil melihat kabus tebal di waktu pagi suasana yang sejuk dan tenang tidak di lepaskan lidah aku untuk berzikir dan berselawat perasaan ini benar-benar teruja mungkin kerana kesibukan dunia aku alpa nikmat ketenangan hati.Secangkir teh di hirup membuahkan hasil kedamiaan yang tidak canggung ,inilah barkah dari musafir yang aku idamkan.


 NUKILAN KU

 

KETEMU JIWA SEPI


Aku menanti sebuah gambaran,

Di mana lantai yang di jejak redup,

Mata yang melihat tenang,

Dersikan angin terasa nyaman,

Ku temui dengan hati yang di selubungi ronta,

Di mana selawat dan zikir kejutkan diri,

Tentang ketabahan,

Tentang jiwa yang pilu,

Tentang rasa cinta yang pudar,

Syukur dan Sabar kunci jalan ke Syurga,

Dan aku temui di sini.

 

 

 

   

Sabtu, 23 September 2023

BERAS MAHAL TAPI KASIH MASIH WUJUD












Isu beras mahal sekarang mula di perkatakan dari mana-mana sosmed termasuk parodi dari content creator di platform TikTok ada yang lawak ,ada yang sindir ,ada berbaur politik dan ada sekadar hiburan tapi keluarga aku turut terkesan kini.Bulan September ini betul-betul Tuhan mahu menguji kami sekeluarga bermula dengan TNB potong elektrik rumah aku, terpaksa gadai cincin yang aku beli dengan hasil simpanan aku, anak saudara aku masuk wad suspek demam denggi,adik ipar kena buang kerja,mak aku masih tidak dapat kerja dan aku masih lagi kena kumpul duit dari bawah balik untuk convo nanti walhal sekarang sudah masuk October convo aku December dan aku tak tahu dari mana mahu cekau duit.
Tapi hari ini aku nak berceletoh bukan isu duit tapi berkaitan dengan beras juga ,mak aku cakap beras yang nak di masak hari ini yang terakhir maka nasi hari ini nasi yang terakhir,kami baru balik dobi sebab mesin rosak teroaksa dobi tiap minggu tapi duit tak cukup untuk beli lauk dan aku buka peti sejuk lihat ada ikan caru 2 ekor dan aku mula memasak ikan itu, 2 ekor ikan itu aku belah 2 memandangkan kami tinggal berempat maknanya kami dapat setengah ekor ikan sorang satu ,aku mulakan tugas aku sebagai cheff tak bergaji masak kari ikan caru dah siap apa lagi makan lah tengahari walaupun sudah hampir jam 3 pm dan aku ambil bahagian kepala ,abah aku ambil bahagian ekor dan aku tinggal seketul untuk adik aku bahagian ekor di kuali untuk dia makan balik kerja nanti.
Cinta ini sebenarnya kuat cuma kita yang tak pandai tunjukkan itulah anggapan aku kini dulu aku tengok family aku ini tiada rasa cinta hanya ada rasa tanggungjawab sebab itu mereka bertahan tapi cinta nya makin hilang,mana tak nya tahannya abah aku denagn kerenah mak aku genap 30 tahun usia perkahwinan mereka,dan hari ini aku melihat situasi di mana kami makan bersama dan mak aku tanya'' ada lagi ke ikan ''? ''aku cakap tinggal satu untuk adik nanti'' dan yang hidang ada 3 ketul tapi mak aku tak ambil pun ikan bahagian kepala dalam hidangan itu dan dia hanya makan ikan kering sambal yang aku panaskan dan melihat situasi itu abah aku makan dan di tambah lagi nasi betul-betul selera walaupun bagi aku macam tak ada lauk dan selesai abah aku makan di bagi ikan yang separuh itu pada mak aku dia hanya makan di bahagian belakang dan di depan dia tinggalkan untuk mak walaupun dalam mangkuk masih ada lagi seketul ,dengan alasan Abah dah kenyang.










Selesai semua mereka pun balik ke rumah aku ingat ikan seketul lagi untuk dia orang bawak balik makan di rumah rupanya mak aku tinggalkan dalam mangkuk mungkin dia tahu yang aku lapar nanti malam tapi aku tak makanpun sebab aku tahu adik aku mesti lapar jadi aku tinggal untuk dia.So, dapatlah dia makan seekor ikan caru kari dengan kenyangnya.

Pengajaran yang aku dapat di sini walaupun bulan ini sesak beras sampai licin,simpanan habis,emas terpaksa gadai, makanan asas teh dan kopi juga bersih .Apa yang aku lihat cinta mereka masih ada walaupu n kadang-kadang abah aku stress dengan mak aku tapi apa yang aku lihat dia sayang mak aku cumanya dia tak pandai nyatakan dia hanya tunjuk kerasnya tindakannya tapi hati dia lembut begitu juga mak aku dia nampak tak suka abah aku tapi sebenarnya dia nak perhatian je perempuankan biasalah,masalah cinta zaman dulu ini tak macam zaman sekarang rasa itu semua di simpan sendiri sekarang semua mahu di luahkan ,akhirnya putus di persimpangan.....tapi kasih yang di bina zaman dulu berbeza kerana mungkin salah satu nya beras dulu murah hahaha dan zaman sebelum zaman 2000 ini mereka dah didik yang hidup ini keras perlu berjuang untuk teruskan hidup walaupun perit tapi kena hadap juga.

Jadi kesimpulannya beras memang mahal sampai bersih beras aku tapi akan ada akan lebih mahal dan 10 tahun akan datang kita boleh katakan beras zaman 2023 lebih murah sebab dunia makin maju ,makin tak terkejar oleh kita yang hanya sempat kita kejar amal ibadah itu yang menguatkan kita semua....

Terima kasih beras mahal kerana mengajar kami erti nasi sebenar dalam kekeluargaan.

Isnin, 7 Ogos 2023

MENTAL HEALTH AND PSYCHOLOGY



sumber Google(gambar sekadar hiasan)

  LACK OF UNDERSTANDING OF RELIGIOUS EDUCATION CAUSES MENTAL AND PSYCHOLOGICAL HEALTH PROBLEMS THAT ARE INCREASINGLY WORRYING

Mental and psychological health is becoming more of a concern in this post-independence era, particularly among young people and teenagers. Why is religious knowledge important in today's life, and how does it relate to mental and psychological health? Understanding a problem from a religious perspective will undoubtedly lead to a solution that is preferable to facing the problem by covering it with other problems. Based on an article published in the Advances in Social Science, Education and Humanities Research, volume 339, 1st Annual Internatioal Conference on Social Sciences and Humanities (AICOSH 2019) , the journal of  AQIDAH (Religious Belief) and Mental Health by Zidni Immawan Muslimin. If you look at today's society, there is less exposure to religion, especially among young people who are easily influenced by western culture, where the society only places God as the creator and believes in his existence; however, those in the west do not believe that everything happens according to God's will and deny that their lives are determined by destiny, in fact, there are those who live their lives without feeling the existence of God as the creator of everything. There is no need to leave the country or immigrate there because, in this day and age, they can apply a culture that is harmful to the younger generation, particularly Muslims, by simply showing videos on social media until the young people make it as necessary trends follow. Without religion and proper education, the mental and psychological effects of this culture will become more worrying, causing symptoms such as suicide cases, killing one's own family members, feeling and emotional pressure, identity confusion problems that lead to gender change, child abuse, among other things, contributes to serious and high crime rates in Malaysian society, particularly among Muslims.

 The most dangerous weapon in human life is not the sharpest, but the most dangerous weapon is in the human being, namely "THE MIND". The human mind is the most dangerous thing because it can create various reactions, problems, and actions in addition to thinking and finding solutions. If the negative mind dominates the entire mind then all the body parts will work together in our actions and from there is the existence of the evil side of humans which is dangerous. As a result of that dark side then humans are born who act cruelly like killing fellow human beings even though they are basically invisible but the thoughts that negativity will dominate their souls if they are allowed to. Therefore, the greatest power to form a good character must come from a positive mind. A person who practices Islamic in daily life will have better health and a more positive mind. When confronted with a problem, he will be more sensitive to finding a solution to the cause of the problem rather than looking for someone to blame. Mental and psychological health is not measured by lifestyle or even income; even today, people with good jobs and salaries suffer from it, particularly those who have suffered from problems such as physical and mental abuse as children, trauma, bullying, and problems from family history; this condition contributes to mental health. Dr. Wan Azizah, stated at the World Mental Health Day seminar in October 2018 that 40 percent of Malaysians suffer from mental illness. The percentage increased further when the Movement Control Order went into effect due to the Covid 19 Pandemic for two years, which increased significantly. Mental disorders affect over 450 million people worldwide. According to the World Health Organization (WHO), one out of every four people will suffer from a mental illness at some point in their lives.

Mental health problems affect one in every three Malaysians, with the highest prevalence among low-income individuals and those aged 16 to 19. According to the Ministry of Health's (MOH) 2015 National Health and Morbidity Survey (NHMS), people aged 16 and up are 29.2 percent more likely to experience mental health problems during the pandemic. According to an article published in ASEAN Today in March 2021, Malaysia is experiencing an increase in mental health issues, which the presence of COVID-19 may exacerbate. He identifies social isolation, financial uncertainty, and loss of loved ones as the primary causes of anxiety, stress, and depression.

Furthermore, 78 suicide attempts were made in Malaysia between March 18 and June 9, 2020, during the initial lockdown period. This represents a significant increase over the previous year's 64 suicides that were not caused by COVID. The solution used as a reference after a study by research experts who are experts in this problem discovered that the situation that occurred to the Muslim community has mental and psychological problems because they do not perform the prayer, which is a pillar of religion for Muslims, and do not practice the practices applied in Islam through Al-Quran and Al-Hadith. As the word of God in Q.S. Yunus : 57 and Q.S. Al-Isra': 82. Meaning: "O man, indeed the Qur'an comes from your Lord that contains lessons, cures for inner diseases, guidance and mercy for those who believe." (Quran Yunus: 57)."And We sent down the Qur'an which is a cure and a mercy for those who believe." (Q.S Isra':82).The introduction of Islamic knowledge should be emphasized more than just studying for knowledge in school, but the role of Islam in life should be absorbed in order to become a strong hold, not just knowing general knowledge but becoming an obligation to practice so that the next generation is born in a healthy, productive, and more positive environment.

According to the article, religion plays an important role because all Muslims should be confident that through prayer, they can prevent themselves from doing evil things and be confident in the best way to solve problems by returning to the creator. One of the branches of not observing prayer and difficult to control lust is religious links in mental problems. A person's good mental health is defined as the absence of complaints and mental disorders such as neurosis and psychosis (adjustment to the social environment). Preventing mental disorders and diseases is what mental health is all about. A healthy mind will not be easily disturbed by stress (Causes of stress). People with a healthy mind can withstand stress from themselves and their surroundings.

The main fact about mental health is that statistics must be stopped from increasing because raising a positive generation and combating mental problems that can lead to crime rates is a shared responsibility with strong religious beliefs that can have a significant impact on human life, including health. A mentally healthy person will always feel safe and happy in any situation; he will also reflect on everything he does in order to control and control himself. The best way to overcome mental health problems is to practice religious values in everyday life. A person's mental health can be defined by their ability to adapt to their environment, to develop the potential found in themselves as much as possible to achieve Allah SWT's pleasure, and to develop all aspects of intelligence, including spiritual health, emotional intelligence, and intellectual intelligence. Religion is a psychological illusion. Humans turn to religion when they feel helpless in the face of disaster. As a result, all forms of religious behavior are human behaviors that stem from the desire to avoid danger and can provide a sense of security. So, why does Islam need to be a reference in mental health? The first benefit is nutrition, because 99 percent of diseases originate in the stomach. Thus, good nutrition can provide good nutrition for the body and mind, for example, practicing nutrition such as honey, fruits, vegetables, and reducing fast food reduces the symptoms of obesity, which is also a contributor to mental problems in today's society, as well as practicing the culture of eating with the method of eating in the morning like a king, lunch like a normal person, and evening like a poor man because it has the ability to control the body's balance. Furthermore, he conducts therapy with reflexology experts without using modern medications, i.e. (drugs).

The article chosen is the relevance and view of mental health and psychology from a religious perspective because, after disentangling mental problems and the existence of various diseases such as psychopath, bipolar, stress, identity disorder, and partly refers to a person lacking in religion, that is, not placing religion as the foundation of life and not placing all hopes and destiny of life are from the Almighty. It is well known that the human mind is easily influenced by a person's words, actions, or life experience, but from a religious standpoint, if it is modelled on the qualities of the past, why does this mental health problem not exist because people are now too easily influenced and there is no life support. In addition, In other words, there is no direction in life as a Muslim we must be certain that there will be a day of retribution for everything we do and that the afterlife exists after the destruction of the world because it is one of the pillars of faith but some human attitudes that love and love the world cause the creation of human nature itself which always wants all wishes to be achieved until it forgets that this world is a place to be tested and not a place to have enjoyment.

The main concern of the linked article is the problem of removing religion from everyday life, as well as the topic chosen not understanding the importance of religion, which causes mental and psychological problems such as psychopaths, (SPD), identity confusion, and mental problems to increase. According to the study of mental illnesses, everyone has this disease. For example, when there is an accident, we will be busy wanting to know the condition of the victim our subconscious mind will feel disappointed if no one is injured or someone dies only then do we feel sympathy. Mental health researchers in California studied 4% of (SPD) exists in each person and the average rate has increased by 6% until now, when compassion is decreasing in individuals then there are humans who act cruelly to get pleasure from the crying of others . Furthermore, the topic was chosen where a lack of understanding religion causes mental health problems and psychological diseases to arise because people who apply religious knowledge from childhood and understand it well will have a more positive life than those who do not learn to understand religion. For example, Islam affirms that the best foods have high nutritional value, such as honey, olives, and dates, but we are more complacent with fast food and diversify the ingredients to the point where we lose the real nutrients. Furthermore, Islam explains that food should be chewed well and properly, but we are stuck with trends like (Mukbang, ASMR, viral food, and Foodie) where their way of eating is a bit messy, just swallowing and eating large quantities. Because 99 % of diseases originate in the stomach, this is one of the causes of mental health problems caused by unhealthy eating and practices that are unsafe for the body.

The author Abdul Hamid dissects the problems of RELIGION AND MENTAL HEALTH IN THE PERSPECTIVE OF RELIGIOUS PSYCHOLOGY, demonstrating that religion is very important in life, but my personal opinion is that it does not highlight the nutrition and health care aspects, instead giving views based on various religious psychology, which means that it does not study in depth the goodness of religion Islam in life, which includes mental and psychological health.

Finally, religion is one example of how religion can help people become more civilised and behave better. Without religion, people quickly lose their sense of direction and purpose in life. Religion is a solid foundation that is guided by sound teachings. Human traits that are easily influenced and influenced can result in a variety of mental illnesses. As a result, good mental health begins with good thinking and nutrition, and it begins with ourselves. Humans cannot change their fate, but we can try to improve things.

 

 

PUTUS SUDAH HARAPAN DALAM SEBUAH PENANTIAN

 


                                                             Pic terakhir kita VC 31 JULAI 2023


Hola,

Baru 2 /3 hari lepas aku up dated pasal cinta aku tu tiber berlaku suatu peristiwa yang tak di jangka,entahlah aku hilang kawalan emosi gara2 dia merajuk aku screensoot pic dia dan aku masa vc , dan di pendekkan cerita mungkin ini sudah takdir Allah selepas Doktor doakan aku di Mekah akan takdir aku dengannya,

''Doakan hubungan saya dengan S................. di permudahkan sehingga ke ikatan yang sah dan keluarga nya menerima baik hubungan kami berdua.''

nampaknya kami tiada jodoh memang dia sengaja sembunyikan aku dari semua orang sebab itu dia suka hide muka dia dan blok aku dari semua medium sosmed,atau kah aku selama ini bertepuk sebelah tangan..


       Berakhir sudah 8 tahun penantian walaupun aku harap ending dia kami bersatu malangnya, akk dia dan aku perang besar seolah2 tak nampak salah adik dia jugak, nampak salah aku 100% well dalam drama perempuan tetap akan di salahkan tak nampak salah keluarga sendiri terutama anak/adik/abang lelaki.

 


AKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN

 

 

Di saat kata harapan mulai muncul

Kata hati mulai berbicara

Adakah perjalanan ini masih panjang

atau akan terhenti

Di saat penantiaan sebuah janji

Peritnya adalah sabar

Bukan jalan cerita

Kerna angkuhnya sifat

Merana jiwa ini

Hingga di putuskan

Ikatan yang tak bertali

Agar pengorbanan

Jadi saksi

 



  Cukuplah, ini yang terakhir kisah cinta aku,harap awak bertemu lebih baik dan begitu juga saya...hati saya tak pernah berubah hanya keadaan kita yang tersepit...

                                                 Terima Kasih BABY

Rabu, 2 Ogos 2023

KESETIAAN CINTA




FIRST DATE






                                              LAGU KEGEMARAN KAMI


Cinta siapa yang tak mahu memiliki cinta,setiap dari kita pastinya mahu menemukan seseorang dalam hidup yang di tuliskan untuk kita entah siapa,di mana ,bagaimana semua dari kita pasti tertanya-tanya di mana kah jodoh kita,namun ada 2 hal dan persoalan yang sering berlaku dan menjadi tanda tanya dalam hidup aku yakni adakah ,Cinta aku kerna cinta lalu jodoh atau Jodoh aku hanya sekadar jodoh tanpa ada rasa cinta.... dan persoalan yang aku sering tanya adakah hati aku yang degup setiap saat ini kerana cinta akannya atau sekadar keinginan memiliki cinta.


     Setiap orang ada jodohnya masing-masing tapi tak semua ada rasa cinta dan tak semua juga akan dapat perasaan cinta itu dari pasangan hingga ke akhir hayat.Keluarga aku bukan dari keluarga pecah belah tapi ada masalah itu yakni kehilangan cinta yang tinggal hanya rasa tanggungjawab dan teruskan hidup seperti biasa walaupun rasa nikmat cinta itu dah semakin pudar itulah yang aku nampak.Dari kecil aku melihat perbalahan itu dan aku sering tertanya kenapa dan mengapa?


 Apabila semakin dewasa keadaan menjadi semakin rumit ego, prasangka, cemburu, kisah lalu dan pendam adalah punca perbalahan sering terjadi hingga aku sentiasa berkata dalam hati temuilah aku cinta yang memahami aku yang bawa aku keluar dari kekangan ini bertahun lamanya pendam sendiri, bergelora dengan jiwa yang sentiasa merintih di malam hari walaupun di siang hari kelihatan kuat namun hati aku rapuh di saat semua terlena di buai mimpi....Ye aku menanti MR.Right dan Alhamdulillah aku sudah menemui cinta itu namun bukan jodoh lagi atau masih menjadi tanda tanya kepada persoalan aku tadi adakah ini cinta sekadar cinta atau jodoh sekadar jodoh atau keinginan aku memilki cinta sedangkan aku sendiri yang bertepuk tangan.


   Mr. Lonely, gelaran untuknya lelaki yang hadir dalam hidup aku tanpa di duga awalnya pengenalan kami singkat dan secara tak sengaja kerana 'prank' dari kawan aku bagi nombor telefon yang dia sendiri hentam untuk kenakan aku sebab aku meminta nya nombor telefon rakan sekerja aku yang berhneti tiba-tiba nama dia Firdaus dari Kelantan,jambu taw tapi kawan aku itu tak kasi sebab dia pun syok juga, jadi dia main bagi sahaja nombor entah sape-sape aku pun dia rasa excitednya,call lah dia bila telefon dia angkat aku mulakan perbualan 'Kenapa berhenti kerja?' ayat menggorat dan dia tanya siapa ini? Ini Ayulah kerja kedai buku......, dia kata bukan salah nombor aku teruskan juga dan dia teruskan whatsapps ada awak nampak saya ini macam kawan awak ke? Dan dia pun save nombor aku dan aku lihat profile picture dia rupanya memang bukan dia tengah duduk di batu pantai ,berbaju merah dan topi pun merah.

Perasaan aku bengang malu,semua ada masa itu. Ketika itu aku kena bertugas jaga kedai kerongsang di luar kedai buku, jadi adalah masa nak main handphone, ingat lagi phone Samsung Galaxy Y aku beli tahun 2013. Itulah detik perkenalan kami sekitar hampir akhir tahun 2016.


Kami mula berkawan berkongsi cerita sedikit demi sedikit, kami kenal hati budi masing-masing dia pun asal dari Kelantan selepas 4 tahun kami video call,text dan call akhirnya,kami decide nak berjumpa di Kuala Lumpur sebab dia pun tak boleh ke Jb dan aku pun tak boleh ke Kelantan sebab takkan aku nak ke sana kan dan kami buat keputusan untuk berjumpa buat kali pertama di Kuala Lumpur. Tempat di KLCC pada 6 January 2020.


Aku datang dengan adik aku dan kami janji pakai baju sama warna yakni biru warna kegemaran kami.Aku tunggu di kawasan luar Suria KLCC dengan air pancut masa itu ramai orang sebab nak dekat perayaan tahun baru cina kan jadi ramailah shopping dan aku tunggu dia pulang dari kerja masa itu dia kerja KFC,PKNS dan kali pertama aku lihat dia dari jauh jantung aku berdebar sebab dia tinggi dan putih dari jauh aku pulak hitam haha Black and White ,adik aku yang nampak dulu tapi aku buat-buat pandang tempat lain sebab malu dan dia teruskan hulurkan tangan salam aku dan aku sambut dengan rasa malu itulah pertemuan kami buat kali pertama selepas itu dalam masa tempoh 2 bulan Covid datang melanda maka berPKP lah kami dan PJJ dari jauh sehingga....


Dugaan datang pada aku dan dia,aku  bertemu balik dengan mantan aku dia pula menemui orang lain kami terputus hampir 2 tahun dan pada masa yang sama aku sedang meneruskan pengajian aku dengan sedikit bantuan dari dia dulu,aku belajar pun kerana dia sebab tak nampak hala tuju kami selepas kami jumpa di KL aku post di sosmed ,fb keluarga dia tak suka aku walaupun tak pernah berjumpa atau mungkin sebab aku miskin kot!!! atau bahasa mudah Kelantan tak suka Johor ,Johor tak suka orang Kelantan.Tapi tetap berhubung dan setelah kejadian hilang 2 tahun aku tak jadi kahwin dia pun tak jadi kahwin, apabila aku sudah move on siap dapat  Anugerah Dekan lagi ,tiba-tiba dia muncul kembali ye Mr. Lonely it's back...dengan ucapan 'Slmt hari raye'....dan awalnya aku musykil sebab nombor baru tapi bila aku melihat profile status diri ayat "Gerak dulu apa2 roger'' ye aku yakin itu dia sehingga lah dia mengaku itu dia.

                                                    

                                   VC PERTAMA KAMI SETELAH HAMPIR 2 TAHUN HILANG


Dan pada tahun 2022 dia muncul di JOHOR BAHRU 2 kali dia datang selang sebulan punyalah excited aku ,dia jumpa adik-adik aku masa itu adik aku dah kahwin dulu dah guna pelamin angan aku musnah tu dan dia juga jumpa kawan aku yang bagi salah nombor itu termasuk mak dan abah aku.Ehm sempatlah aku rasa dating dengan dia jalan-jalan di Stulang Laut makan Cocok2 dan jalan-jalan di bandar walaupun hanya beberapa jam.Perasaan aku ketika itu sangat bahagia dan rasa indah terasa dunia ini kita yang punya tanpa memikirkan siapa yang melihat dan menilai.


2023 ini kali ke 4 aku bertemu dengan dia di tempat kami mula-mula berjumpa yakni di KL,berjumpa hiburkan hati walaupun sekejap namun dapat rasa berdating dengan dia naik train LRT jauh juga tapi kami rasa sweet dapat spend time bersama sambil berbincang apa nak buat langkah seterusnya dia bagi kata putus suruh aku habiskan belajar dan Alhamdulillah, aku sudah pun habis pelajaran aku dengan jayanya.

Ijazah dan PTPTN dah dalam genggaman aku cuma keadaan aku dan dia semakin lama semakin dingin.Persoalan aku makin timbul adakah aku akan jadi seperti mak aku atau dia akan menjadi seperti abah aku yang meneruskan kehidupan atas kerana rasa tanggungjawab dan bukan kerna cinta kerana cinta mereka dah lama menyepi yang tinggal kesetiaan hanya pada perkataan jodoh bukannya cinta dan itu yang aku lihat sekarang ini. Bermain di fikiran aku minda aku adakah dia jodoh aku yang aku tunggu dari dulu lelaki yang tidak pandang rupa paras aku,lelaki yang tahu keadaan aku ,lelaki bersuara dan tegas kerna benar dan lelaki yang melindungi aku.Aku sudah temui cinta aku tapi aku rasa aku bukanlah cintanya aku hanya tempat dia bosan dan sepi tempat dia mengadu dan merintih dan bukanlah tempat dia yakin bahawa aku sentiasa di sisinya,entahlah walaupun kami dah nampak jalan itu tapi masih lagi kabur saat mula melangkah setiap langkah pasti ada pertengkaran adakah kerana ego  nya atau sensitifnya aku,hanya Tuhan yang tahu.


Aku hanya menanti jawapan yang pasti aku mahu menjadi yang halal untuknya yang ada di saat dia berduka, yang ada tika dia gembira, yang menemani dia menyanyi sumbang dan yang sentiasa memahami keadaannya namun adakah dia berharap yang sama pada aku atau hanya aku sekadar menginginkan.Jodoh itu rahisa Allah aku yakin suatu saat dia pasti sedar bahawa kata-kata aku,puisi aku dan hati aku untuk dia,lelaki yang aku tunggu hampir 10 tahun ini dan aku yakin dia boleh membimbing aku cuma masa dan situasi membuat kita selalu terjurang dalam dingin apa2 pun hanya Tuhan yang tahu.......

Aku hanya berharap pada cinta yang nantikan dan aku hanya menanti isyarat takdir dari Nya kerana aku tahu semakin dekat kita semakin di uji dan aku hanya mampu menanti harapan itu....



Cinta itu ibarat pelangi,
semakin kita kejar semakin semakin jauh ,
walaupun pada mata kasar ia dekat,
begitu juga soal hati semakin kita jauh semakin rindu,
semakin kita dekat rasa jurang yang mendalam muncul...

Hebatkan cinta ?

membuat 2 insan saling berpaut ,
boleh juga membuat 2 insan renggang, 
hati-hati dengan cinta,
kerna semakin kita letakkan perasaan pada kata setia,
makin jauhlah rasa cinta itu sendiri....


3 SERIES HERE

 Holla, pejam celik pejam dan celik2 hehe aku sudah pun memasuki usia tiga puluh tahun dan ini merupakan bulan terakhir pada tahun ini entah...